Genius aulad


Followers

Sunday, September 22, 2013

Restoran Murni, Cawangan Kepong

Salam...

Rasanya masih belum terlewat lagi nak update pasal anniversary perkahwinan kami pada 1 September 2013 lepas. Baru berkesempatan menghadap laptop hari ni, tak sempat nak update. Tahun ni, genap 2 tahun usia perkahwinan kami. Afif pun dah 1 tahun lebih dan Afif tengah berusaha keras mengorak langkah untuk berjalan sendiri. Chayok...chayok anak mama. Bertambah busy la mama, bila Afif dah boleh berjalan nanti. huhu....

Pening juga mencari tempat makan yang best untuk celebrated anniversary kali ni. Lastly, suggested by my husband; makan di restoran Murni, Kepong. Kalau tak salah Restoran Murni terdapat beberapa cawangan lain lagi seperti di SS2 Petaling Jaya dan yang baru di Bukit Jalil. 

Restoran ini memang terkenal  kerana kepelbagaian menunya yang lazat dan sedap. Jadi tidak heran la, ia menjadi sebutan di kalangan pengunjung-pengunjung di sekitar Kuala Lumpur ni. 

Selain daripada  terkenal dengan sajian-sajian yang sedap, pelayan-pelayan restoran juga bolah dikatakan 'friendly'. Mungkin kami bawa Afif kot, so dorang suka bermain dengan Afif walaupun time tu Afif agak meragam sket.huhu... 

Ini salah satu photo hasil pertolongan pelayan kat situ. Tq,ya..:)

Okey..bab menu yang paling best pulak ialah Nasi Goreng Sambal Udang Petai. Rasanya menu ni adalah menu wajib cuba bagi pengunjung yang datang ke sini..Fuhh...memang sedap.. Time tu suami yang order nasi goreng tu, Ida plak nak cuba menu Mee Goreng Chicken Chop. Okey la, tapi mee goreng tu agak pedas sket.huhhhh.. Menu-menu lain masih belum cuba lagi, mungkin next time kami akan cuba menu lain pulak. 

Nasi Goreng Sambal Udang Petai

Mee Goreng Chicken Chop

Supper Set: Ada telur, kentang, nugget, hotdog & keropok.

Hidangan minuman di sini juga banyak. Selain dari minuman-minuman biasa, terdapat pelbagai minuman jus buah-buahan dan juga blended. So, ikut selera masing-masing la..;)


Pelanggan-pelanggan yang datang ke sini bukan sahaja orang Melayu, tetapi orang Cina pun ramai yang berkunjung ke sini. Mungkin kerana banyak pilihan makanan orang Melayu dan juga Western food. Jadi pengunjung mempunyai banyak pilihan untuk memenuhi cita rasa mereka, yang penting 'halal restaurant'. Sepanjang pemerhatian masa makan di situ, orang Cina juga suka makan Nasi Lemak Rendang. Nampak macam berselera. Wah....I'm proud be a Malaysian. 

Afif dah pandai minum air dengan straw..:)

Sempat bergambar, time Afif 'baik' duduk atas baby chair untuk beberapa minit yang pertama..huhu

Kalau nak datang, boleh la datang. Restoran Murni cawangan Kepong beralamat 24, Jalan Metro Perdana 8, Taman Usahawan Kepong Utara, 52100 Kuala Lumpur. Restoran ni beroperasi pada 11:00 am-1:00 am setiap hari kecuali hari Isnin (tutup pada hari Isnin). Boleh juga tengok kat Facebook Page Murni Discovery;  https://www.facebook.com/MurniDiscovery



1 comment:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...