Genius aulad


Followers

Thursday, September 19, 2013

Resepi Ikan Pari Bakar Berempah

Suami belikan ikan pari lagi. huhu.. Tak tahu dah nak masak menu apa dengan ikan pari ni. Bakar je la, tapi macam mana? Nasib la dapat mencari inspirasi memasak dari sumber google ni.hehe..Lupa dah resepi kat mana tapi resepi ikan pari bakar ni saya dah ubah suai mengikut cita rasa sendiri. Tapi rasa nya boleh tahan la..:)



Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan pari (dibersihkan, potong 4) 
  • 2 helai daun limau purut
  • 3 biji limau kasturi - ambil jusnya
  • 2 batang serai (dititik)
  • Sedikit rempah kari adabi
  • Garam,gula, secukup rasa
Bahan-bahan kisar:
  • 4 sudu besar cili kisar/cili giling 
  • 4 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1/2 inci lengkuas 
  • 1 hirisan nipis halia 
  • 1/2 inci belacan yang dibakar
  • 1/2 inci kunyit hidup

Cara-Cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis semua bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan sedikit rempah kari, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
  3. Matikan api, masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan ketepikan.
  4. Setelah agak sejuk, boleh la lumurkan pada ikan dan perap untuk beberapa jam. 
  5. Sediakan aluminium foil yang dilapik dengan daun pisang dan sedia dibakar mengguna oven (190-200 darjah celcius, 30-40 minit).
  6. Selalunya menggunakan oven agak berair. Jika tidak suka ikan yang agak lembab dan berkuah boleh la boleh la bakar seketika atas pemanggang ajaib. 
  7. Setelah masak boleh la dihidangkan.



No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...