Genius aulad


Followers

Friday, September 20, 2013

Resepi Ayam Goreng Berempah

Siapa penggemar ayam goreng macam Upin&Upin tu?? hehe...pengaruh anak yang minat watak animasi popular tu..=) Jom tengok resepi ayam goreng berempah simple dan sedap ni.


Bahan-bahan:
  • 4 ketul ayam (paha & kepak)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 4 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 sudu serbuk kari daging
  • 1 sudu cili giling
  • 2 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu tepung jagung
  • Garam dan secukup rasa maggi
  • Minyak masak secukupnya
Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan-bahan dengan bahan yang telah dikisar. Gaulkan sebati.
  2. Perapkan ayam dengan semua bahan yang digaul tadi selama 2-3 jam.
  3. Kemudian boleh la goreng ayam dengan api yang kecil sehingga masak kekuningan. 
  4. Bila dah masak boleh angkat dan hidangkan bersama sos atau sedap dimakan dengan nasi putih.



          No comments:

          Post a Comment

          NOTE:

          Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...