Ikan patin. Mungkin tak ramai yang gemarkannya kerana penyediaannya yang rumit selain dari baunya yang hanyir. Sebut sahaja ikan patin, resepi yang paling sinonim dengannya ialah Ikan Patin Masak Asam Pedas.
Resepi asam pedas pula memang terkenal di Melaka, kerana kuah asam pedasnya yang merah menyala dan betul-betul pedas. Berbeza pula dengan asam pedas Kelantan. Kuahnya yang agak jernih sedikit dan rasa pedasnya mungkin kurang pedas.
Bagi Ida, kalau pedas yang melampau ni, langsung tak boleh makan. Jadi, bila kita masak sendiri boleh kita tentukan tahap kepedasan yang kita nak tu..:)
Okey, berbalik pada asam pedas ikan patin. Resepi ni memang febret suami dan keluarga. Mak Ida sekarang ni pun, suka sangat masak asam pedas ikan patin ni kerana abah dan adik-adik amat gemarkannya. Kalau ada asam pedas ikan patin ni, dorang mesti makan bertambah punya la..hehe..
Jom la, Ida kongsikan resepi asam pedas Kelantan yang simple tetapi sedap ni:)
Bahan-bahan: (2-3 orang makan)
- 1 ekor ikan patin (dipotong dan dibersihkan)
- 1 ulas bawang putih (dikisar)
- 4 ulas bawang merah (dikisar)
- 1/2 inci lengkuas (dikisar)
- 1/4 inci halia (dikisar)
- 4 sudu cili giling (lada kering yang dh dikisar)
- 1 sudu serbuk kunyit
- 4-5 biji cili padi (diketuk-terpulang kalau nak pedas)
- 3 sudu besar asam jawa (Adabi Xtra)
- Segenggam daun kesum
- 1 kuntum bunga kantan (di belah dua)
- 2-3 biji bendi
- Garam
- Serbuk secukup rasa
- Air (kuah secukupnya)
Cara-cara:
Tips: * Petua hilangkan hanyir ikan patin. Ikan patin di potong dan dibasuh. Kemudian lumurkan dengan air asam jawa. * Boleh jugakan gantikan asam jawa dengan asam keping/asam gelugor. Tapi untuk rasa masam yang 'kick' Ida lebih suka guna asam jawa. * Asam pedas ikan patin sangat sedap dimakan bersama ulam-ulam, budu @ sambal belacan. Pasti menyelerakan. | |
No comments:
Post a Comment
NOTE:
Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)