Panasnya kat luar tu. Cuaca cerah dengan suhu kepanasan (darjah celcius) yang boleh membuatkan kita berpeluh. Sedapnya kalau boleh minum jus sejuk.
Haus dan dahaga, itu la yang boleh digambarkan time cuaca-cuaca begini. Wah...panjang lebar intronya:)
Apa yang Ida nak beritahu, cuma jus yang Ida buat minggu lepas ni. Jus tembikai. Senang je cara nak dapatkan jus tembikai ni. Jom buat!
Bahan-bahan:
Buah tembikai (2 potong- dan dibuang kulit)
2/3 gelas air
Gula secukup rasa
Ketulan ais (secukupnya)
Cara-cara:
1. Kisar tembikai bersama air dan gula. |
2. Kisar sehingga semua hancur. |
3. Masukkan dalam gelas berisi ketulan ais. |
4. Sedia diminum =)
Dah buat jus tembikai ni, mesti nak tahu khasiatnya kan? Antara khasiatnya ialah:
- Kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan lain-lain.
- Sumber vitamin A dan C yang tinggi dapat mencegah penyakit. Antaranya mengurangkan risiko kanser usus besar, asma, penyakit jantung, osteoperosis dan kanser prostat.
- Dapat memberi tenaga yang banyak kepada tubuh badan selain menyegarkan dan menyihatkan badan.
- Dapat mengurangkan masalah penglihatan mata terutamanya masalah rabun.
- Dapat membantu menyembuhkan penyakit gout dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam badan.
- Dapat membantu melancarkan aliran darah dalam badan.
Ini adalah antara beberapa khasiatnya. Banyak lagi khasiat-khasiat lain yang bermanfaat untuk kesihatan kita. Tetapi, sebaliknya...ada juga yang mengatakan tembikai ada kelemahannya. Iaitu ia boleh memabukkan, bila dimakan dengan ubat??? Betul ke??
Masih lagi menjadi persoalan. Sesiapa yang ada pandangan atau fakta mengenai hal ni, boleh kongsikan.
Air tembikai memang sedap diminum nak2 lagi cuaca panas ni.
ReplyDeleteResepi Air Tembikai
Saya dah buat...sedap sangat..terbaikkkk๐๐๐๐๐
ReplyDelete