Satay Kajang memang terkenal dikalangan peminat-peminat satay. Kat mana lagi kalau bukan kat Resoran Satay Kajang Haji Samuri. Bersempena dengan namanya, headquarters restoran ni memang terletak di Kajang pun (Kajang, Selangor). Restoran ini juga terdapat banyak cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ni.
Dah banyak kali dah berkunjung kat restoran satay Kajang Haji Samuri ni. Antaranya pernah ke HQ nya sendiri, iaitu Kajang, Bangi (dulu-dulu la), dan sekarang menetap area Gombak ni, so dekat la dengan Taman Melati.
Kali ni pula nak cite time kami makan satay minggu-minggu lepas (sebenarnya dah lupa dah bila pergi, hehe...). Kiteorang pergi makan-makan kat Restoran Satay Kajang Haji Samuri di Taman Melati. Alamat?? (sempat google jap) Okey..ni alamatnya Lot 7G & 7LG, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama, 53100 Setapak, Kuala Lumpur.
Kat sini terdapat pelbagai menu satay yang sedap-sedap. Antaranya satay ayam, daging, ikan, kambing, arnab dan rusa. Bukan itu sahaja, kalau tak salah satay perut pun ada.
Kepelbagaian menu satay yang terdapat di sini dimakan bersama dengan kuah dan nasi impit beserta ulam timun batang. Kuah sataynya pula berbeza dengan kuah satay yang dibeli di kedai-kedai biasa, kerana kuahnya berwarna perang tidak terang dan di asingkan dengan sejenis sambal lada. Kalau nak pedas boleh tambah sambal lada tu. Jadi memang sesuai la bagi anak saya yang masih kecil ni makan.
Terdapat juga menu tambahan lain selain dari satay, seperti nasi goreng, mee goreng, bihun sup dan lain-lain. Walaubagaimana pun, rata-rata pelanggan yang melangkah ke restoran ini adalah kerana sataynnya yang popular setanding dengan rasanya yang sedap.
Selain daripada itu, jus buah-buahan segar disamping pilihan minuman lain juga boleh dinikmati di sini.
Tapi, sekarang harga satay di sini pun sudah naik mengikut peredaran masa. Hmmm...namun ianya masih lagi setanding dengan kelazatan rasanya. Tidak hairanlah pengungungnya juga tetap ramai.
Detail mengenai restoran satay kajang ni, boleh ke website http://satekajang.com.my atau tel: 03-41076318 (caw. Taman Melati).
No comments:
Post a Comment
NOTE:
Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)