Genius aulad


Followers

Friday, September 20, 2013

Resepi Kerang Rebus

Kerang rebus merupakan salah satu menu wajib time bulan puasa kiteorang. Sedap dimakan lepas balik terawih. 

Tapi kali ni, bukan time bulan puasa, time tak puasa pun terliur nak makan kerang rebus. Mana taknya, tengok kerang besar-besar kat pasar. Apa lagi, terus beli 1kg 4 ringgit. hehe...Cukup la, makan berdua dengan suami. Afif kecik lagi tak boleh makan kerang.

Senang jer nak rebus kerang ni. Orang kata campak-campak je, tak susah. Tapi perlu ingat petua rebus kerang dari en.suami yang selalu pesan "kerang tu jangan rebus lama-lama, tak sedap". hehe... 

Bagi peminat seafood seperti kerang ni, mesti la tahu khasiat kerang ni kan. Sesetengah orang masak kerang dengan hanya mencelurkannya sahaja. Pastu, terus angkat. Ini adalah untuk memastikan rasa manis serta khasiat isi kerang dapat dinikmati sewaktu kita makan kerang tersebut.

Macam mana rebus kerang? Jom tengok resepi ni. 




Bahan-bahan:
  • 1 kg kerang
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 asam keping
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya


Cara-cara:
  1. Bersihkan kerang.
  2. Masukkan kerang ke dalam periuk bersama air secukupnya (agak-agak sehingga tenggelam semua kerang tu).
  3. Kemudian masukkan asam keping, serai dan garam. (Kalau boleh serai dan asam tu letak bawah sekali)
  4. Lepas tu boleh la rebus dengan api yang sederhana sehingga mendidih sekejap.
  5. Setelah mendidih boleh terus padam api. Jangan rebus terlalu lama (petua rebus kerang).
  6. Nak tahu camne dah masak, automatik 1, 2 biji kerang tu dah terbuka kulitnya cengkerangnya.
  7. Sedia dihidang. Sedap dicicah dengan sos pencicah. Slurrrp..:P



1 comment:

  1. Sy dah lm x mkn kerang dan lupa mcm mn kerang ni bila dah masak..
    Thanks Idayuni..bnyk mmbantu..

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...