Genius aulad


Followers

Thursday, September 19, 2013

Resepi Nasi Goreng Cina Special dengan Ayam Goreng

Menu paling simple. Sedap dimakan waktu breakfast, lunch, juga dinner..=) Penat nak masak menu yang lain, kita makan nasi goreng pulak yer.

Emmm....sedap! Makan pulak dengan ayam goreng tepung ala-ala KFC gitu..hehe...Menyelerakan.

Okey, boleh tengok resepi nasi goreng cina yang Ida masak ni di bawah ni ek..=)


Bahan-bahan: 

  • 3 cawan nasi (dileraikan dan ketepikan)
  • Sedikit isi ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji telur
  • Sayur campur (carrot,kacang pis,jagung, dll)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • Garam dan secukup rasa maggi secukupnya
  • Daun bawang (hiasan)
Cara-cara:
  1. Tumbuk bawang putih dan bawang merah.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang yang ditumbuk. Masukkan sos tiram.
  3. Masukkan garam dan secukup rasa. Kacau.
  4. Kemudian, masukkan sayur campur. Kacau sebati. 
  5. Masukkan telur dan kacau lagi.
  6. Kemudian masukkan nasi dan gaul sekata.
  7. Siap. Taburkan daun bawang. Sedia dihidang. 

Selamat mencuba..=)






No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...