Genius aulad


Followers

Sunday, September 29, 2013

Anak Alahan Telur

Afif, 1 tahun 3 bulan. Rupa-rupanya alah pada telur. Ini kali kedua terjadi pada Afif. Kali kedua baru alert yang Afif betol-betol alah pada telur. Dulu pernah bagi telur masak separuh, badan dia naik ruam kemerahan-merahan. Ingatkan ruam-ruam biasa je, maklum la time tu dia kecik lagi. Bayikan selalu naik ruam-ruam panas ni. So, tak expect la dia alah pada telur.

Demam Suntikan 1 Tahun.

Sekarang baru tahu, ada juga alahan telur ni. Kesian anak mama.. Dah pening dah cari jalan nak bagi Afif makan. Sejak dia sembuh dari demam selepas suntik 1 tahun, dia tak nak makan. Makanan yang selalu dimakan seperti nestum, biskut tiger dan bubur nasi tidak lagi menjadi kegemarannya. Puas pujuk dia makan, tak nak jugak. Kalau paksa makan, masuk je dalam mulut, dia akan muntahkan semula. Kalau dulu badannya boleh dikata kan 'bam-bam' jugak la. Tapi sekarang dah kecik, berat badan maintain je tak naik (8kg lebih). Orang kata, budak yang baru nak berjalan memang macam ni, tak nak makan.

Makan Telur Rebus

Nak dijadikan cerita, mama sengaja bagi telur rebus untuk Afif ni. Nak try kot-kot dia suka. Telurkan banyak khasiat. Lagipun dia baru nak sembuh dari demam. Mula-mula bagi, dia makan jugak la..tak banyak. 1/4 dari sebiji telur tu habis la dia makan, termasuk la telur kuning dan putih. Ok la kan, dia makan jugak, walaupun sikit. Dulu pernah jugak bagi yang masak separuh, dia tak makan. Sampai muntah-muntah. Sebab tu nak try bagi telur rebus yang masak penuh. Keesokkan harinya, mama bagi lagi. Tapi kali ni, dia terus reject. Tak makan langsung..Risau betul, harapkan susu je dia minum. Demamnya pun tak pulih-pulih, makin panas ada la. Dah nak habis sebotol ubat.

Ruam Kemerahan

Hari yang sama, kulit Afif jadi merah-merah. Pelik jugak, macam kene ulat. Bila badan dia panas, tompok-tompok merah makin banyak. Mula-mula naik kat muka, pas tu kat tangan. Ruam ni, kalau panas ia akan memberi kesan gatal-gatal. So, kene pakai baju panas (baju lubang-lubang, tak berlengan). Kesian pulak tengok Afif tergaru-garu. Kadang-kadang sampai kulit dia luka, kesan kuku dia garu tu.


Petua Ruam Panas

Mama tanya mak kat kampung, kata mak mungkin ruam-ruam biasa je kot. Bila dah beritahu ada bagi telur, terus syak mungkin kerana makan telur. Adui...macam mana ni. Mak nasihatkan supaya sapukan bedak sejuk tak pun tumbuk beras untuk jadikan bedak sejuk. Lepas tu mandikan dengan air air beras. Mak pesan jangan lupa selawat 3x. InsyaAllah menjadi. Mama ikut buat je la, supaya badan Afif sejuk sikit.

Perubahan lebih baik.

Suami ada juga nasihatkan supaya berhenti bagi ubat demam, takot berlawan dengan alahan yang dialami. So, mama stop bagi ubat demam. Nampak macam ada perubahan lebih baik. Sebab tompok-tompok merah tu naik sekejap-sekejap, selepas 1-2 jam hilang semula dan timbul di tempat lain pula sehingga la habis naik semua sampai ke kaki. Lama juga alahan ni berlarutan sampai 2-3 hari juga la. Selepas habis naik kat kaki, baru nampak macam reda sket, tompok-tompok merah dah tak naik lagi. 

Info Penting Tentang Alahan Telur.

Untuk pengetahuan bersama, mama cuba dapatkan info dari pelbagai sumber mengenai alahan telur ni. 
  • Alahan telur ialah reaksi tindak balas badan terhadap telur dan makanan yang mengandungi telur. Badan akan memberi tindak balas seolah-olah telur itu adalah bahan berbahaya. 

  • Ianya berlaku apabila badan bertindak balas terhadap telur sebagai bahan berbahaya. Badan menghasilkan antibodi untuk melawan protein telur. Antibodi ini merangsang sistem imun badan untuk mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan wujudnya gejala alahan telur. 

  • Kadar kekerapan kejadian alahan telur di Malaysia tidak diketahui. Biasanya bermula semasa telur mula-mula diperkenalkan kepada bayi dan biasanya hilang apabila kanak-kanak berumur di antara 5 hingga 7 tahun. 
  • Reaksi alahan boleh melibatkan kulit, usus dan paru-paru. Kadang-kala fungsi jantung dan tekanan darah juga turut terjejas. Jenis-jenis reaksi:
    • Akut - gejala kelihatan dalam masa beberapa minit.
    • Lewat - gejala kelihatan biasanya selepas 2 hingga 4 jam.
  • Gejala alahan biasanya di alami untuk jangka masa kurang daripada sehari. Gejala ini termasuk:
    • Gatal-gatal, radang kulit (ekzema).
    • Muka menjadi merah.
    • Mata berair, bengkak kelopak mata.
    • Mulut gatal, bengkak bibir.
    • Tekak perit.
    • Hidung berair.
    • Nafas termengah-mengah, batuk.
    • Loya dan muntah.
    • Sakit perut.
    • Cirit-birit.
  • Sesetengah kanak-kanak boleh mendapat reaksi alahan teruk yang dipanggil anafilaksis. Reaksi ini wujud secara tiba-tiba dan teruk melibatkan kulit, paru-paru, usus, jantung dan salur darah.
    • Gejala ini berlaku dengan pantas termasuk:
      • Berasa takut.
      • Muka menjadi merah.
      • Mata, mulut, lidah dan bibir menjadi bengkak.
      • Tekak berasa perit.
      • Susah bernafas, nafas berbunyi (wheezing).
      • Loya dan muntah.
      • Sakit perut.
      • Pening.
      • Tekanan darah rendah.
      • Denyutan jantung cepat.
  • Ubat yang digunakan untuk merawat alahan termasuk:- (Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat-ubatan ini.)
    • Antihistamines.
    • Adrenaline.
    • Steroid.
  • Sekiranya anak anda ada alahan telur:-
    • Elakkan daripada memakan telur dan makanan yang mengandungi telur (kandungan telur yang sedikit pun boleh menyebabkan reaksi yang teruk).
    • Baca dengan teliti label makanan dan elakkan makanan yang ada telur.
    • Rancang langkah kecemasan untuk sekiranya terjadi reaksi alahan.
    • Bawa bersama ubat EpiPen ke mana-mana, jika ada.
    • Pakaikan gelang yang ada ‘medic alert’ di pergelangan tangan anak.
    • Beritahu penjaga atau guru mengenai keadaan kesihatan anak.
    • Minta nasihat doktor mengenai sebarang langkah khas sebelum menerima imunisasi MMR (Mumps, Measles, Rubella).
    • Apakah tindakan yang perlu dilakukan?
  • Ketahuilah bahawa terdapat banyak makanan mungkin yang mengandungi telur tetapi tidak dimasukkan dalam label. Contohnya, Albumin, Globulin, Ovalbumin, Vitellin dan Lysozyme.
  • Dapatkan nasihat pakar pemakanan sekiranya anda tidak pasti kandungan sesuatu makanan. Apabila anak anda tidak mengambil telur, anda perlu pastikan anak anda mendapat nutrient yang cukup daripada sumber makanan yang lain
  • Kebanyakan kanak-kanak berjaya mengatasi alahan telur apabila menigkat dewasa. Walau bagaimanapun, pengambilan semula telur perlu dilakukan selepas berbincang dengan doktor anda.

Bila dah baca info ni, baru la lega hati mama ni. Belum sempat bawa jumpa doktor, keadaan Afif dah makin reda. So, sekarang mama kene peka bila bagi makanan untuk Afif, terutamanya TELUR. 

Harap Afif cepat-cepat besar dan dapat mengatasi alah telur ni. :)

2 comments:

  1. Ank kite punya alahan yg sm... Naik ruam merah 2. . The best medicine I bg adlh efficort cream

    ReplyDelete
  2. Jika mee goreng di masak denagn telur..adakan merbahaya bagi bayi 1 tahun 10 bulan

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...