Genius aulad


Followers

Tuesday, September 10, 2013

Resepi Mee Kari

Hai..Selamat petang..:)

Mee kari, salah satu menu favorite Ida jugak tau. Rasa kuahnya yang sedikit pedas, lemak-lemak santan kuah karinya...perggghh...sedapnya. Ditambah pula dengan rasa isi kerangnya yang digigit-gigit time makan mee kari ni. Okey, ni resepi yang Ida selalu masak. Silakan untuk rujukan puan-puan dan cik-cik yang gemar masak sekalian =)





Bahan-bahan: 4-5 orang makan
  • 8-10 cawan santan (dari 1 biji kelapa)
  • 5 ulas bawang merah  (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • 3 sudu cili kering – (yang sudah dikisar)
  • 1/2 paket rempah kari daging
  • 1 kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih (untuk tumis)
  • 3-4 dahan daun kari
  • 1 keping asam keping 
  • Garam serta gula secukup rasa
  • Sedikit ayam (isi serta tulang)
  • 10 ekor udang sederhana besar
  • 6-10 biji fish ball (dibelah dua) @ fishcake pun boleh
  • 1 cawan isi kerang
  • tauhu sponge goreng
  • 1-2 paket mee kuning


Lain-lain:
  • 2-3 biji telur rebus (belah 2 @ 4)
  • sedikit tauge dan sawi (dicelur)
  • Sedikit daun sup dan daun bawang 
  • Bawang goreng 
  • Lada merah (dipotong)
  • Limau kasturi

Cara-cara:

  1. Tumis bahan yang dikisar dan bahan tumis sehingga garing dan naik bau. 
  2. Masukkan rempah kari daging, cili kering dan daun kari. Biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan gaul-gaul seketika.
  4. Kemudian masukkan santan dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih. 
  5. Selapas itu masukkan isi kerang diikuti fish ball dan udang. 
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Akhir sekali masukkan tauhu sponge goreng.
  8. Bila dah masak, boleh la dihidangkan dalam manggkuk bersama mee, sayur yg dicelur dan telur rebus.
  9. Taburkan juga dengan daun sup, daun bawang, cili merah serta bawang goreng.


No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...