Genius aulad


Followers

Sunday, September 8, 2013

Resepi Ketam Masak Lemak

Salam..

Sape suka makan ketam? Mesti kecur air liur bila mendengar ketam masak lemak ni. Bagi peminat-peminat seafood, ketam ni mungkin menjadi salah satu favorite korang kan? 

Ini menu Ida dan keluarga minggu lepas. Boring dah dengan menu ayam dan ikan, kali ni suami belikan ketam pulak. Katanya nak makan ketam masak lemak. 

Okey..jom tengok resepi ketam masak lemak Ida yang boleh tahan la sedapnya. (hehe...perasan).




Bahan-bahan ( 2-3 org )

  • 3 ekor ketam (dibelah dua)
  • 1 sudu besar cili kering ( yang dah dikisar)
  • 3-4 cawan santan (Ida guna santan segar)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 seulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu serbuk kunyit 
  • 2 sudu rempah gulai (Ida guna rempah masak udang,ketam Adabi)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit secukup rasa maggi
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah Adabi, serbuk kunyit, cili kering dan serai. Kacau seketika.
  3. Kemudian masukan santan. Kacau lagi.
  4. Bila dah agak nak mendidih, boleh la masukkan ketam tadi. 
  5. Masukkan asam keping, gula, garam dan secukup rasa.
  6. Biarkan mendidih sehingga ketam masak. Bila ketam dah kemerah-merahan, boleh la padam kan api. 
  7. Dah siap. Hidangkan dan sedia di makan.


Selamat Mencuba..=)





1 comment:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...