Followers

Friday, September 27, 2013

Resepi Maggi Kari Special

Pernah masak maggi tak? Sure ramai yang pernah kan. Mana taknya pengalaman kat hostel dulu-dulu masih segar dalam ingatan ni. Tapi dulu masak biasa-biasa je. Ambik air panas, just rendamkan dan masukan perisanya. 

Sekarang dah lain. Cara masak sebagai isteri la katakan.:p 1st time buat, main campak-campak je. Ikut selera dan bahan yang ada. Memang sedap. Lepas makan, husband request 'nanti buatkan lagi yer'. hehe....

Okeh..jom tengok cara Ida masak maggi..



Bahan-bahan:
  • 2-3 paket maggi kari serta rempah kari kat dalamnya
  • 3 ulas bawang putih (diketuk/tumbuk)
  • Sedikit sayur-sayuran (sawi, kubis, carrot)
  • Sedikit tauhu goreng
  • 2 sudu serbuk kari 
  • 1 dahan daun kari
  • 2 biji telur
  • Sedikit isi ayam (dipotong kecil)
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak masak
  • Limau nipis


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih sehingga perang sedikit.
  2. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan serbuk kari, kesemua rempah serbuk kari maggi dan daun kari. Kacau sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan isi ayam. Gaulkan.
  4. Selepas itu boleh masukkan air untuk kuah. Kacau dan biarkan mendidih.
  5. Bila dah mendidih perlahankan api, boleh la masukkan sayur-sayuran, tauhu goreng dan maggi. 
  6. Kemudian pecahkan telur kedalam periuk. (Ida suka telur tu tak pecah, so biarkan masak tanpa kacau).
  7. Biarkan sekejap boleh padamkan api. Jangan terlalu lama, takut maggi akan mengembang dan lembik.
  8. Sedia dihidang. Nak makan perahkan dengan limau nipis.
  9. Slurrpp...sedapnya makan time panas-panas. 


Selamat mencuba...=)




No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...