Pernah masak maggi tak? Sure ramai yang pernah kan. Mana taknya pengalaman kat hostel dulu-dulu masih segar dalam ingatan ni. Tapi dulu masak biasa-biasa je. Ambik air panas, just rendamkan dan masukan perisanya. 
Sekarang dah lain. Cara masak sebagai isteri la katakan.:p 1st time buat, main campak-campak je. Ikut selera dan bahan yang ada. Memang sedap. Lepas makan, husband request 'nanti buatkan lagi yer'. hehe....
Okeh..jom tengok cara Ida masak maggi..
Bahan-bahan:
- 2-3 paket maggi kari serta rempah kari kat dalamnya
 - 3 ulas bawang putih (diketuk/tumbuk)
 - Sedikit sayur-sayuran (sawi, kubis, carrot)
 - Sedikit tauhu goreng
 - 2 sudu serbuk kari
 - 1 dahan daun kari
 - 2 biji telur
 - Sedikit isi ayam (dipotong kecil)
 - Air secukupnya
 - Sedikit minyak masak
 - Limau nipis
 
Cara-cara:
- Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih sehingga perang sedikit.
 - Masukkan sedikit air, kemudian masukkan serbuk kari, kesemua rempah serbuk kari maggi dan daun kari. Kacau sehingga naik bau.
 - Kemudian masukkan isi ayam. Gaulkan.
 - Selepas itu boleh masukkan air untuk kuah. Kacau dan biarkan mendidih.
 - Bila dah mendidih perlahankan api, boleh la masukkan sayur-sayuran, tauhu goreng dan maggi.
 - Kemudian pecahkan telur kedalam periuk. (Ida suka telur tu tak pecah, so biarkan masak tanpa kacau).
 - Biarkan sekejap boleh padamkan api. Jangan terlalu lama, takut maggi akan mengembang dan lembik.
 - Sedia dihidang. Nak makan perahkan dengan limau nipis.
 - Slurrpp...sedapnya makan time panas-panas.
 
Selamat mencuba...=)

Azhan: bulan puasa ni, tgk gambar megi pun sedap
ReplyDelete