Followers

Friday, September 27, 2013

Menu Diet: Salad Buah-buahan Dan Coslow Salad


Risau dengan berat badan yang tak menentu sekarang ni. Sekejap mantain, sekejap naik. huhu... Kene control. Sekarang dah ada anak sorang, tak macam zaman remaja-remaja dulu lagi dah. Kalau dulu, makan apa pun (banyak ke, sikit ke) berat badan ni mantain je. Tak risau pun. 

Itu la sebabnya terfikir nak diet ni. Kalau boleh nak amalkan cara pemakanan yang sihat. Nak kurangkan pegambilan karbohidrat atau kalori yang berlebihan dari sumber seperti nasi. Ramai yang juga berpendapat nasi boleh menggemukkan. eeeiii...macam mana ni? Hari-hari makan nasi. Nasi sumber pemakanan yang utama kan. Tambah-tambah lagi kita yang duk kat Malaysia ni, nasi dari sumber beras memang sumber makanan utama. 


Bukan tak boleh makan nasi, tapi kurangkan pengambilan kuantiti nasi (kata salah seorang rakan). Maksudnya kalau dulu makan sepinggan, sekarang kurangkan makan setengah je. Habis tu, kenyang ke makan sikit?? Kalau tak kenyang boleh gantikan dengan makanan yang rendah nilai kalori, tetapi mengenyangkan. Contohnya, perbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Boleh juga gantikan nasi dengan roti, mee, dan lain-lain. (Ok, dah start cool balik.hehe....) Ingatkan tak boleh makan nasi langsung. 



Ok la,dah tau macam tu, teringat belajar bio  time dulu kala. Nasi memang mempunyai nilai karbohidrat dan kalori yang tinggi untuk membekalkan tenaga. Tetapi bila terlalu banyak dan tidak digunakan ia akan terkumpul menjadi lemak. (Nanti la kene study balik pasal ni..:P)



Baiklah, mulai sekarang nak control makan nasi dan perbanyakkan makan buah dan sayur. Ini menu diet Ida. Suami pelik, pergi shopping.. tapi banyak dengan buah dan sayur je. Dah inform awal-awal kat husband this night tak nak kuar makan, nak balik buat fruit salad. Kalau nak makan kat luar temankan je.huhh...sekali dengan husband ter diet.haha.....


Cara nak buat menu diet ni senang je. Ida campurkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dibeli tu je. Rasanya pun sedap jugak. Salad buah rasanya masam, manis semula jadi dicampur pulak dengan mayonnise. Jom tengok resepinya yang simple.

Alternatif lain, kalau tak nak guna mayonnise boleh juga gantikan dengan yogurt.

Salad Buah-buahan (Fruit Salad)




Bahan-bahan:
  • 1 biji epal merah
  • 1 biji epal hijau
  • 1 biji buah pear
  • 1 tangkai anggur
  • 3 sudu mayonnise (atau lebih)

Cara-cara:
  1. Basuh bersih semua buah-buahan. 
  2. Potong kecil semua buah tadi.
  3. Masukkan mayonnise dan gaul rata.
  4. Siap dan boleh makan =)

Coslow Salad




Coslow salad ni berbeza sket dari coslow KFC tu, sebab ditambah dengan salad segar menghijau....:P

Bahan-bahan:

  • 1/4 kubis
  • 1/4 carrot (lobak merah)
  • 3-4 sudu mayonnise (boleh tambah)
  • 2 sudu susu segar
  • Sedikit garam
Cara-cara:
  1. Potong carrot, kubis kecil/halus. 
  2. Hiris juga daun salad.
  3. Campurkan dengan mayonnise, susu, garam dan gaulkan.
  4. Simpan dalam peti ais. Kalau nak terus makan pun boleh.

Ini mayonnise yang Ida guna. Lady's Choice. Beli yang ni bukan apa, sebab ia dah spesifik untuk buah dan juga sayur. 

Bagi yang sedang diet boleh cuba menu salad buah dan coslow salad (sayuran segar) ini. Ia boleh dijadikan alternatif menu makan malam. 


3 comments:

  1. Sedap yer..nk try la..tq utk resepi ni..jmput singgah di blog saya ye dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...