Siapa penggemar-penggemar nasi campur gulai kawah?? Angkat tangan!!! Haa....Salah seorang yang angkat tangan tu ialah husband Ida. Mana taknya dia memang suka sangat nasi putih dengan gulai kawah.
Peluang untuk merasa gulai kawah ni bukan selalu tau, time-time kenduri je. Tapi sekarang dah banyak gerai-gerai makan yang menjual dan menyajikan nasi dengan gulai kawah ni. Selalunya gerai-gerai atau kedai-kedai makan yang besar-besar.
So, kalau ke Gombak, jangan lupa untuk singgah makan di Medan Selera, Taman Sri Gombak. Alamatnya di Jalan Makmur, Kawasan Industri Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor. Sudah banyak kali kami ke sini, dah lupa plak kali ini yang ke berapa..huhu...
Tempat ni famous sangat, nak cari guna google maps pun senang. Pada waktu tengahari boleh la ke sini untuk lunch. Terdapat pelbagai hidangan nasi campur di samping gulai kawah itu sendiri, serta lauk pauk lain seperti ikan bakar, percik ikan, kerabu, ulam-ulaman beserta pelengkap hidangan seperti tempoyak, budu, sambal belacan, dan juga cencalok.
Hidangan minuman yang popular di sini pula ialah air kelapa muda dan juga Ais Batu Campur (ABC) di samping terdapat juga minuman-minuman lain.
Ada lagi yang menarik di sini!! Di sini juga terdapat makanan ringan seperti pisang goreng, cempedak goreng, keledek goreng, keropok goreng serta macam-macam lagi. Buah-buahan potong yang segar dengan asam juga terdapat di sini seperti jambu, betik dan juga nenas. Wah!!! Kemain lagi, terliur semula nak makan ni...
Style hidangan di sini pula ialah self service (layan diri). Ambil pinggan, ambil nasi, ambil lauk pauk yang kita nak kemudian duduk di meja-maja pilihan kita. Selepas tu, pekerja gerai akan datang ambil order untuk minuman. Segala makanan yang kita ambil akan terus dikira (tak yah dah nak pakai-pakai bil..huhu...), then akan di remark on a piece of paper (sehelai kertas putih). Ceewah...makan nasi campur cakap pun bercampur-campur dah. Selepas makan boleh la buat bayaran di kauter. Kedai makan yang ramai orang camni mana la sempat nak ada waiter waitress yang layan sume kan...so, better la buat camni.
Haaa...ini budak baru bangun tidur, lapar nak makan nasi...hehe....:)) Tapi, Afif ni bukan gemar sangat pun makan nasi, suap 2-3 mulut je dah tak nak. Adeh!! Rugi tau...Tak pe la, nanti dah besar baru makan banyak-banyak ye sayang..
Pada waktu tengah hari di antara pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang orang ramai yang berkunjung tersangat la ramai sehingga memenuhi semua meja makan di medan selara ini memandangkan waktu ini ialah peak hour. Tapi kalau datang lewat-lewat nanti takut makanan pulak yang kehabisan. So, pandai-pandai la budget masa untuk datang ke sini ek.
Kalau nak rasa masakan panas pada waktu malam, berhampiran medan selera ini juga terdapat sebuah restoran Sri Ayu Tomyam. Pelbagai menu masakan panas dan menu dari thai di sediakan di sini. Pada waktu siang juga, di sini ada menyediakan menu nasi campur. So, inilah gambaran di bahagian depan medan selera ini.
Hidangan pilihan kami pada hari tersebut di medan selara ini ialah nasi putih, ulam daun salom, ikan percik, ikan bakar, dan masing-masing gulai kawah boleh dikatakan penuh pinggang! Adehh....my hubby acanner nak diet ni.
Minuman pulak just air biasa-biasa je iaitu teh 'o' ais limau dan teh ais memandangkan dah boring dah minum air kelapa. huhu......
Tapi, memang puas hati dapat makan di sini, makanannya yang sedap dengan harga yang murah berbaloi-baloi. Percaya atau tidak, harga untuk menu pilihan kami pada hari tersebut hanya RM20.
Alhamdulillah kenyang kami hingga ke malam...Sampai sekarang pun masih teringat-teringat lagi ikan bakar dengan gulai kawahnya...;)
We introduce our company that involved in IT Support Provider for CCTV, PABX, NETWORK.
ReplyDeletecctv batu caves, cctv gombak, cctv bentong, cctv raub,
pabx batu Caves, pabx gombak, pabx bentong, pabx raub.
www.fzhtechnology.com.my
01127311203 / 0361781267