Genius aulad


Followers

Thursday, October 9, 2014

Resepi: Brokoli Goreng Udang Special

Brokoli merupakan salah satu sayuran hijau yang terdapat dalam keluarga kubis. Ianya boleh direbus, dikukus mahupun dimakan mentah. Sedap!! 

Tahu tak?? Brokoli adalah sejenis sayur yang kaya dengan vitamin C dan juga serat pemakanan. Ada sumber yang menyatakan brokoli mengadungi pelbagai nutrisi dengan ciri-ciri yang boleh melawan kanser. 

Hmm..tinggi betul khasiat brokoli ni. Selepas ini, boleh la kita jadikan brokoli sebagai sayuran kegemaran dan bagi penggemar-penggemar sayur-sayuran pula, bolehlah menambah sayur brokoli sebagai salah satu hidangan vegetarian kita. 

Namun cara memasak juga boleh mempengaruhi khasiat yang terkandung dalam brokoli. Bagi memperolehi khasiat yang tinggi, brokoli boleh la dimakan mentah setelah dibasuh bersih samada menjadikan brokoli sebagai vegetable salad atau pun dijadikan sebagai ulam sahaja. 


Apa yang pasti menggoreng juga tidak menjadi kesalahan dalam penyediaan brokoli ini, yang penting kita perlu menggoreng sekejap sahaja bagi mengekalkan khasiat yang terdapat dalam brokoli ini. 

Nak tahu salah satu resepi brokoli boleh la tengok seperti yang Ida masak di bawah ni. Semoga dengan resepi ini ianya boleh menambah idea memasak korang...


Bahan-bahan:
  • Brokoli secukupnya (dipotong/belah kecil) 
  • 10-15 ekor udang (terpulang nak buang kulit atau tidak) 
  • 3-4 ulas bawang putih (diketuk/hiris) 
  • 1 biji cili merah/lada benggala (dipotong serong) 
  • 2 sudu sos tiram 
  • Sedikiti serbuk lada hitam 
  • 1 ulas bawang besar/kuning (dihiris bulat)
  • 1 biji tomato (dibelah empat)
  • Garam, gula dan serbuk cukup rasa secukupnya 
  • Sedikit tepung jagung (untuk kuah yang pekat-pekat sedikit)
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak masak (untuk menumis) 
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang putih hingga wanggi. 
  2. Masukan sos tiram dan sedikit air yang dibancuh dengan sedikit tepung jagung. 
  3. Masukkan serbuk lada hitam, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  4. Kemudian masukkan brokoli dan udang. Kacau sekata. Biarkan masak sekita sehingga udang kelihatan kemerahan.
  5. Selepas itu masukkan lada merah, bawang besar dan tomato yang dihiris.
  6. Jangan masak terlalu lama supaya dapat mengekalkan kerangupan brokoli. Angkat dan sedia dihidangkan.



Selamat mencuba!! 




5 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...