Bila masak petola masak lemak ni, teringat akan masakan mak. Dulu-dulu mak suka masak petola masak lemak putih macam ni. Hidangan yang simple, sayur lemak putih camni makan dengan nasi putih dan ikan goreng panas-panas. Sedapnya....;)
Sampai sekarang ni pun air tangan ibu takkan kita lupakan. Tapi, sekarang ni dah jadi isteri dan mak orang dah, kena la masak sendiri.hehe...
Bahan-bahan:
- 2 biji petola manis (buang kulit kerasnya dan di potong serong)
- Santan dari 1/2 biji kelapa
- 2 ekor ikan selayang/kembung (rebus dan asingkan isi dan tulangnya) (tumbuk)
- 3 ulas bawang merah (tumbuk/kisar)
- 1 ulas bawang putih (tumbuk/kisar)
- 1/2 sk lada hitam (tumbuk kasar)
- 1 biji cili merah (potong serong)
- 1 biji bawang besar (hiris)
Cara-cara:
- Tumbuk atau kisar bawang merah dan bawang putih.
- Isi ikan seelok-eloknya ditumbuk, jika dikisar takut terlalu hancur. Boleh juga ditumbuk bersama lada hitam.
- Kemudian masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan bahan-bahan tumbuk dan kisar tadi.
- Kacau sehingga mendidih menggunakan api yang sederhana.
- Selepas itu masukkan petola bersama hirisan bawang besar dan juga cili merah.
- Tambahkan garam, sedikit gula dan serbuk perasa secukupnya.
- Biarkan petola masak layu dan boleh padamkan api. Jangan masak terlalu lama, nanti petola akan terlalu lembik.
- Siap dan sedia dihidangkan.
Boleh cuba ni :)
ReplyDeleteFirst time tengok lemak putih letak isi ikan.. mesti sedap... nanti nak cuba :)
ReplyDeletealamak petola..surrender
ReplyDeleteblm cuba, blm tahu..=)
ReplyDelete