Genius aulad


Followers

Thursday, December 11, 2014

Resepi: Ikan Bawal Masak Kari

Dulu bukan main lagi tak kenal nama ikan ni. Maklum la, nama ikan bawal tapi ada color hitam ada putih dan ada merah. Tapi sekarang dah tak tertukar lagi ikan bawal ni.  


Sebenarnya ikan bawal ni kalau digoreng begitu sahaja pun sudah memadai sedap, tapi jarang-jarang sekali boleh juga cuba resepi lain seperti masak merah atau masak kari. 


Untuk resepi kali ni Ida nak buat ikan bawal masak kari. Resepinya sebagaimana berikut. 


Bahan-bahan:
  • 1-2 ekor ikan bawal (dibuang perut, potong 2 @ 3 bahagian)
  • Santan dari 1 @ 1/2 biji kelapa
  • 1/2 paket rempah kari ikan (Baba's atau mana-mana pun boleh)
  • 4 ulas bawang merah / kalau bawang yang merah yang besar tu memadai 1 ulas sahaja (dikisar)
  • 1 ulas bawang putih (dikisar) 
  • 2-3 sudu cili giling (kalau nak nampak kuah lagi merah dan pedah boleh tambah lagi)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1/2 inci kunyit hidup (dikisar) 
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 tangkai daun kari (leraikan daunnya)
  • 2-3 biji bendi
  • 1 biji tomato / 2 biji lada merah
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan  cili giling seketika bersama semua bahan-bahan kisar. 
  2. Kemudian masukkan bersama rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak. 
  3. Kemudian masukkan santan dan kacau sekata. 
  4. Agak-agak sehingga santan mula merenih masukkan ikan bawal, asam keping, daun kari, bendi dan juga lada merah. 
  5. Biarkan sehingga mendidih kemudian masukkan tomata yang dibelah empat (jika ada).
  6. Tambahkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. 
  7. Setalah masak, padamkan api dan sedia dihidangkan. 



Selamat mencuba..=)




6 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...