Genius aulad


Followers

Saturday, July 4, 2015

Hiasan Dalaman: Lampu Hiasan Penyeri Rumah

Tiktoktiktok....masa berlalu. Rumah Ida sudah pun dah masuk fasa untuk mendeco-deco dah. Selesai sahaja proses mengecat rumah, en.suami terus mengajak untuk membeli lampu-lampu di dalam dan luar rumah. Apa lagi perasaan melonjak-lonjak happy nak hias rumah, walaupun Ida bukannya pandai sangat. Maklum la rumah sendiri, perasaan tu lain sket nak bagi rumah tu cantik!!!

Planning awalnya rumah kami siap sebelum raya, tapi banyak benda lagi tak setle, so kene tunggu lepas raya jugak la.. Takpe, yang penting tak kelam kabut sebab banyak benda lagi tak siap, termasuk langsir yang masih tersadai dalam bilik jahit tu..huhu..

Haa...kami memilih sebuah kedai area Kota Bharu untuk membeli lampu hiasan ni. Tokey cina. Lampu-lampu kat kedainya cantik-cantik dan murah. Macam-macam jenis lampu ada. Suka sangat:-). Ini la Afif, dia pun sibuk memilih lampu jugak...


Bahagian ruang tamu dan dapur kami guna lampu downlight. Untuk bilik kami gunakan lampu pendafloor biasa. Ruangan yang bewarna oren ni adalah dining. Ida suh en.husband letak satu lampu kristal. Lampu ni boleh bertukar-tukar cahaya/warna. Cantik sangat. Tu la yang pi ambik jugak walaupun lampu ni tinggal hanya yang display.




Inilah semasa kerja-kerja pemasangan untuk lampu tiang. Lawa plak tengok bila rumah ade lampu tiang kiri dan kanan ni.


Ini pula lampu poach. En.husband yang pilih lampu ni. Lawakan...


Inilah bahagian ruang tamu. Bahagian ini agak luas, dan boleh dikatakan bahagian utama. Kami letak sepasang lampu kat sini. Crystal lamp jugak. Actually, warnanya adalah warna putih tapi bila dipasang nampak purple colour. Nice sangat!!


So ini lah lampu downlight antara ruang tamu dan dining serta kipas yang dah siap dipasang.


Untuk lampu hiasan dalam bilik, Ida letak lampu tidur yang macam ni. Lampu ni untuk master room je. Untuk 3 bilik lain Ida ingat nanti boleh la letakkan lampu tidur yang side bed je.


Ini sewaktu nak pasang lampu porch. Banyak jugak lampu kene guna untuk seluruh rumah, ini pun tak termasuk lampu kat pagar rumah lagi.



Kos untuk wirering sahaja dah RM2000++ tak termasuk kos beli lampu.Takpe la..sekali je untuk rumah baru. Apa pun puas hati tengok rumah cantik! Thanks kat abg2 wirering...huhu..

Thanks jugak untuk en husband yang selalu faham kerenah ur wife bila hendak pilih barang2 yang nak dibeli terutama lampu hiasan ni!!! :-)


3 comments:

  1. Salam.. hari ni blogwalking cari resepi sup siam.. jumpa pun

    ReplyDelete
  2. assalam..blh tau beli kt mn lampu ni

    ReplyDelete
  3. Masalah yang jarang dibincangkan dalam isu interior design/hiasan dalaman ialah maintenance/penyelengaraan. Memang benar kita boleh mendapatkan design yang cantik yang kita mahu bila kita mula2 masuk ke rumah tersebut…tetapi bila kita mula “hidup” di dalam ruang rumah kita, kita akan dapati kita akan banyak mengkompromi design untuk membolehkan “functional living”. Inilah isu yang jarang dibincangkan, tetapi isu yang sangat penting.

    IKEA adalah salah satu entiti yang banyak menyelesaikan masalah ini..bukan bermakna saya pro IKEA tapi saya rasa kita patut mendapatkan “essence of design” yang ada pada IKEA dalam menghias rumah kita.

    Minimalist design adalah salah satu prinsip ruang rumah yang membolehkan kita mendapat kedua2 nya…design yang menarik dan functional. Popularity minimalist design semakin mendapat banyak exposure di social media dan mainstream media.

    Hiasan dalaman tidak perlu lagi menjadi satu process yang complex, memadankan sofa, hiasan dinding, dengan carpet dan lain lain lagi. Ia akan lebih mudah dan bermakna jika kita menekankan konsep minimalist dan functional living dalam hiasan kita.

    Rayyan Rayn Gallery- Polygonal Islamic Calligraphy

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...