Genius aulad


Followers

Sunday, June 14, 2015

Misi Memilih Warna Cat untuk Dalaman Rumah

Salam readers and bloggers!! Teruja untuk blog entry kali ni, sebab ianya mengenai rumah kami. Alhamdulillah..hasrat untuk memiliki rumah sendiri hampir tercapai..Syukur yaAllah.. Buat masa sekarang boleh dikatakan 95% siap. Sekarang cuma tunggu elektrik dan air je yang belum beres.

So, berbalik pada tajuk kali ni..sebenarnya part memilih warna ni baru sahaja settle. Pening jugak untuk membuat pilihan warna rumah ni kan. Warna memainkan peranan yang besar jugak la dalam memastikan rumah yang didiami tu cantik dan selesa. Part luar rumah dah tak de masalah sebab semuanya dah ditetapkan sebagaimana dalam plan. Tapi part yang dalam rumah kami diberi option untuk memilih warna cat sendiri. Kalau tak warnanya hanya warna putih sahaja.

Banyak juga house/wall color catalog yang kami refer termasuk nippon, sissons dan juga colourland, but finally kami memang tertarik dengan catalog interior collection nippon paint. Harga boleh tahan, no wonder color nya cantik! Mane tak jatuh hati...tengok la sendiri cantiknya. Setiap orang ada cita rasa tersendiri, bagi Ida...Ida sukakan gabungan soft and bright color.





Rumah kami ade ruang tamu, dining dan 4 bilik. Kami dah decided nak warna yang berbeza-beza untuk setiap ruang. Ala-ala macam dalam gambar catalog tu ok jgk:-) Kalau warna yang sama nanti boring pulak kan.

Ini lah plan/lakaran en.husband draft untuk rumah kami :-) Part yang color-color tu Ida yang tolong warnakan, hehe...


So ini lah antara warna-warna pilihan kami. Untuk ruang tamu kami combined kan warna hijau muda. Warna yang sejuk dan cool je bila mata memandang. Combination spring vigor dan sheer green color rasanya amat ngam!

Untuk dining room kami memilih warna oren/jingga. Kononnya warna oren ni amat sesuai untuk dining.hehe...so, we choose combination color orange and orange paste.

 Ida gemar sangat dengan warna purple..so bilik master dan bilik 2 kami combined kan warna  wild iris dan pale pansy. Warna untuk 2 bilik lagi, kami pilih tema biru, supaya nampak soft dan nyaman. So, kami combined kan warna bluet dan clear blue.

Untuk ruangan dapur kami biarkan dengan warna putih sebab cadangannya warna tema untuk dapur ialah putih (background), merah dan hitam (cabinet). So dah jimat sket budget untuk cat kat dapur ni.

Dah pilih color, harap-harap puas hati sebab kalau tak memang rambang mata dibuatnya dengan pilihan warna-warna cat yang cantik!


Memang agak susah nak budget berape liter nak beli, cat yang mane nak lebih, yang mane nak kurang. Hmm...en.husband sampai 3 kali jugak pergi beli sebab tak cukup. Maklumlah kami guna 8 jenis warna. Sampaikan jurujual tu tanya "nak buat show room ke?".hehe.... 


Kos untuk cat dalam rumah ni dekat +- RM1500 jugak. Ini pun some receipts dah missing :-)

Hasilnya...? ok insyaAllah next entry Ida akan update hasil rumah kami selepas cat..

No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...