Followers

Sunday, April 17, 2016

Cerita Pump Susu - Breast Feeding

Salam...Annyyosayoo!! Dah kenapa keluar bahasa Korea neh..huhu... Ok, sebut mengenai pump susu ni, actually time pregnant lagi dh sibuk survey dan fikir nak beli pump susu brand apa. Bercelaru jugak dengan persoalan "which one is better?". Naik stress jugak bila rasa tak tahu nak pilih yang mana satu nak.

Mana tak nya this is fist time nak beli breast milk pump. Takut bila dah beli nanti menyesal plak. So, antara aspek-aspek bermain di fikiran yang menjadi ciri-ciri pembelian yang "win-win" sudah tentulah harga, flexibility, tahan lama, tahan lasak dan yang penting skali haruslah memberikan productivity yang bagus.

Haaa...serabut kepala nak buat pemilihan yang bijak ni..:-) So, bila ditanya pendapat mr.husband, jawapannya "biar la dulu, tunggu bila dah baby lahir baru fikir nak beli yang mane". Full stop....alahai terbantut plak nak buat preparation awal.

However....dah set in mind 2 brand yang boleh dikatakan bagus, iaitu samada brand Avent ataupun Medela. Either nak yang manual or elektrik masih lagi buntu. Huhu..

Bila dah deliver baby...baru la en.husband nak g beli breast milk pump. Tapi still lagi bukan urgent coz baby menyusu direct, tak ada masalah, cuma susu plak yang melebih-lebih, sampaikan baju pun basah dan sometime sakit sebab breast bengkak. So, kene pump jugak. Lagi pun sayang membazir, sebab dah boleh buat stock express breast milk (ebm). Senang bila dah start kerja nanti stock susu dah banyak.

Hasil dari duk survey online, brand avent yang manual murah je bawah RM200, yang elekrik pula range RM800. Brand Madela plak bagus jugak, tapi mak aiiiii...mahal la plak, yang elektrik range RM1000 lebih, tapi orang kata puas hati walaupun mahal kualiti dan semua kreteria "tiptop". Consider this is 1st time nak beli, tak ada experience lagi so, better try yang biasa dan murah dahulu. So, I have make decision nak breast milk pump Avent, Manual.

Mula-mula ingatkan nak beli online je, tapi en.husband plak cakap better beli direct kat kedai. Any problems, warranty ke boleh directly refer kedai tu. Ok la...so, beli la breast milk pump, manual dekat kedai peralatan bayi Manjaku.




Tapi, dari segi harga plak berbeza. Beli kat kedai rupanya lebih mahal berbanding beli online. Tahu tak berapa harga? RM299. Hampir RM100 beza. Aduiii...tak tahu plak range harga online dan kat kedai berbeza ni. Takpe la, lagi pun dah siap beli. So, yang lain-lain lagi tu en.husband beli juga 2 botol susu 4oz dan 1 berus pencuci botol susu Avent. Maternity bra span tu dia bagi free.


Ini sahaja set pump susu ni. Simple. Anyway rasa berbaloi jugak pilih breast milk pump Avent, yang manual ni sebab memang senang guna. Yang paling best tak perlu guna kuasa elektrik or bateri. So, senang bawa, even kat mana-mana pun boleh guna. 

Dari segi penggunaannya pula boleh tahan, dan selesa guna, sebab ianya bukan fully manual pun, tapi semi manual je kot. Sebab apa, time pump tu, tak perlu nak every single time nak kena pump or tekan pedal tu, just tekan sekali tanpa melepaskan pedal susu automatik memancut keluar. Kalau susu tengah banyak memang laju dan sekejap je nak dapatkan 3oz, tp kalau production susu kurang kene ambil masa jugak la, dan kene push pedal banyak kali.

Ok, that all. Anyway happy brestfeeding untuk diri sendiri, yang sedang gigih kumpulkan stok ebm sebelum mula kerja!! =)

2 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...