Followers

Monday, April 11, 2016

Anugerah Terindah: Kelahiran Cahaya Mata ke Dua

Alhamdulillah, kerana diberi peluang sekali lagi untuk mengandung dan melahirkan baby yang sihat dan comel..:-) Detik bersalinkan Afif 4 tahun lepas sebenarnya masih segar lagi dalam ingatan. Cuma yang bezanya kali ni melahirkan anak perempuan.

Masih ingat lagi ketika check up 5 months, doktor scan dan dah nampak pun jantina baby. Tak boleh lupa, saat doktor beritahu "insyaAllah baby girl ni". YaAllah rasa happy macam nak melompat-lompat jer. Riak muka husband pun nampak gembira sangat sebab dia memang nak sangat baby girl plak, coz anak sulong dah boy. So, dapat la sepasang boy and girl. Tak kisah pun sebenarnya boy or girl. Semuanya tu pun rezeki dari Allah swt juga. Yang penting bayi sihat dan selamat.


Tanggal 9 Mac 2016, jam 9:45 malam, lahirlah baby girl seberat 3.25kg disambut oleh doktor Haira, beberapa orang nurse dan en.husband sendiri di Kota Bharu Medical Center.  Syukur sangat ke hadrat Allah swt kerana permudahkan proses kelahiran kali ni. Berbeza dengan kelahiran pertama, kelahiran ke dua ni lebih mudah dan tak banyak komplikasi berlaku. Selepas bersalin boleh senyum lebar walaupun sakit semasa bersalin tetap terasa. Tapi orang kata naluri seorang ibu, sakit bersalin boleh hilang lepas menatap wajah bayi yang dilahirkan.



Actually, due date sebenar adalah 12 Mac 2016. 9 Mac 2016, pukul 3 petang checkup macam biasa di Klinik An-Nisa, Kota Bharu. Macam biasa nurse buat urin test, blood pressure, timbang berat badan dan check denyutan jantung bayi. Result untuk check up yang lain semua ok, kecuali denyutan jantung baby yang katanya "sleeping patern". Doktor proceed untuk scan, semua ok...Air ketumban ok. Kedudukan ok, tapi orang kata sememangnya dah "tunggu masa", kedudukan dah ke bawah. Bila doktor check "jalan" memang dah terbuka 2cm. OMG! Nervous.....


Malangnya doktor terpaksa refer kat KBMC, sebab labour room kt An-Nissa under renovation. Time tu dah pukul 5:30 petang, terkejar-kejar la pergi ambil Afif kat tadika sebelum bergegas ke hospital KBMC pula. Selepas check up sekali lagi, doktor cakap "awak dah nak bersalin ni, jalan dh 5cm". Punya la tergesa-gesa en.husband balik rumah untuk ambil beg bersalin sebab memang  tak ready nak bawak semua kelengkapan bersalin coz tak rasa sakit pun. Setelah en.husband datang semula dalam pukul 9:00 malam bersama mak, baru la doktor proceed untuk proses bersalin. 

Denyutan jantung baby "sleeping pattern" yang menjadi tanda tanya semasa check up sebelum ni terjawab setelah doktor pecahkan air ketumban yang bewarna sedikit kekuningan. Doktor beritahu yang baby dah "berak". Still lagi ok sebab masih baru. Syukur jugak cepat datang hospital. Tak lama sakit selepas air ketumban pecah, suasana dalam labour room dibingitkan dengan tangisan kuat seorang bayi perempuan. Alhamdulillah.....syukur ke hadrat Mu ya Allah..


Ini lah kelahiran anak ke dua kami, sihat dan comel mirip wajah papanya, Nur Ayesha Khayra :-)

No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...