Followers

Sunday, April 10, 2016

Malang Tak Berbau: Awasi Anak di Rumah

Anak-anak kecil sememangnya mudah tertedah kepada kemalangan-kemalangan yang tidak terduga. Tidak kiralah sama ada kemalangan besar atau kecil, di dalam rumah mahupun di luar rumah. 

Ini kisahnya Afif, waktu ni ketika dia berusia 2 tahun lebih. Kanak-kanak seusia ini sememangnya tidak tahu apa-apa, sebab itu la perlu pengawasan yang maksimun daripada ibubapa mahupun penjaga. Sebagai seorang ibu, saya adalah manusia biasa yang juga tidak lepas daripada melakukan kecuaian. 

Afif terjatuh dari basikal roda 3 nya, dan terhumban di pintu dapur. Hanya kerana terlepas pandang sedetik je, lupa nk tutup pintu dapur bersama grill. Afif meluru ke dapur  dan terhumban dengan basikalnya, menyebabkan bahagian dahinya luka teruk dan terpaksa dimasukkan ke hospital dan dijahit. Kira parah jugak la ni. Aduhhhh...sedihnya, menyesal pun ada. Ini la yang dikatakan malang tak berbau. Kalau la tahu nak jadi macam ni, memang tak bagi dia main basikal time tu. 

Kes yang satu lagi ni pulak, boleh diketegorikan kemalangan kecil, tapi berlaku dalam rumah jugak. Ibu jari Afif terluka akibat secara tak sengaja terkena bahgian tajam bawah sinki. Darah yang keluar banyak jugak la. Tapi selepas dibersihkan dan disapu oidin, ok la.

Itulah orang cakap menyesal dah tak berguna kan.. Amik pengajaran dari apa yang pernah terjadi, be in mind..kita kena sentiasa berwaspada, kalau boleh elakkan dari kecuaian. "YaAllah, Engkau lindungilah jauhkanlah dari segala-galanya dari kemalangan kecil atau besar ini".

Reminder untuk diri sendiri dan ibubapa serta penjaga juga, kita haruslah sentiasa berwaspada dan awasi anak-anak semasa mereka bermain. Antara peralatan-peralatan rumah yang sentiasa perlu dikawal dan dijauhkan dari anak ada seperti, cerek air panas, plug-plug elektrik yang berada di kawasan rendah, anak-anak tangga, kawasan yang licin, buju-buju meja, dan lain-lain lagi.

Ini selepas beberapa hari keluar hospital. Dah boleh makan ayam goreng kegemarannya ^_^


Dahi terpaksa dijahit kesan luka yang besar akibat terjatuh...:(

Memang malang tak berbau betul la, tak tahu macam mana tangan Afif ni boleh terkena bawah sinki. Time tu nak basuh tangan. Haduiiii....:(


Semoga kita sama-sama dapat elakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku kerana, malang tidak berbau.

2 comments:

  1. Mmg itulah bab anak ni.. Leka sikit je... Aduii.. Menyesal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita anak baru sorg, dua nak jaga ank pn pening...macam mane la mak kita dulu jaga anak ramai :-)

      Delete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...