Genius aulad


Followers

Monday, November 24, 2014

Panduan Lengkap Temuduga: Persediaan Penting Menghadapi Temuduga

Dah lama dah tinggal alam temuduga ni, tapi beberapa minggu lagi bakal menghadapi temuduga semula. Sekarang baru terkial-kial nak cari balik panduan dan tips untuk menghadiri temuduga. 

Macam mana ni, risau juga kan? Penguat semangat, jangan bimbang kalau semua persiapan sudah buat kenapa nak risau. hehehe...

Temuduga adalah proses penapisan kelayakan yang penting bagi sesebuah syarikat untuk mengambil pekerja. Apabila kita dipanggil untuk ditemuduga kita hampir melepasi 50% saringan kelayakan untuk dapat kerja tersebut. 

Oleh itu, persiapan sebelum menghadiri temuduga perlulah dititik beratkan antaranya seperti persiapan dari segi:
  • Fizikal - Tidur awal, berada dalam keadaan sihat, nampak bersemangat dan bertenaga
  • Dokumentasi - Persediaan rapi mengenai sijil-sijil dan resume
  • Pengetahuan Dalam Diri - Membuat penyelidikan latar belakang syarikat dan jawatan serta isu-isu semasa berkaitan jawatan yang dipohon.
  • Emosi - Kawal perasaan gementar dan tunjukkan keyakinan diri yang maksimun 
  • Keterampilan Diri  - Pakaian yang sesuai untuk temuduga

Alang-alang membuat persiapan temuduga untuk diri sendiri, lebih baik Ida share kan juga bersama pembaca. Ebook Panduan Lengkap Temuduga telah banyak membantu dalam membuat persiapan dan memberi tips sebelum, semasa dan selepas temuduga. 

Panduan Lengkap Temuduga eCover

Ebook Panduan Lengkap Temuduga banyak kongsikan rahsia-rahsia bagaimana untuk lulus temuduga kerja yang kita inginkan. Ianya sesuai untuk semua temuduga termasuk temuduga kerajaan dan juga swasta. 

Apa yang menariknya, ebook ini juga memdedahkan kaedah dan cara persiapan mental dan rohani termasuklah doa-doa yang boleh dipraktikkan, cara menjawab soalan-soalan temuduga, bahasa badan (body language) semasa temuduga, soalan-soalan yang sering ditanyakan dalam bahasa Inggeris, aspek penilaian temuduga dan banyak lagi perkara penting untuk lulus cemerlang temuduga. 

Setelah mengetahui dipanggil untuk ditemuduga, mungkin kita tidak sempat untuk terus ke kedai buku untuk membeli buku rujukan. Lantas perkara yang paling mudah ialah terus mencari info dalam internet. Malangnya, tak banyak info yang lengkap mengenai panduan temuduga ni. Jadi ini lah kelebihan ebook ini kerana tidak perlu membazir masa dan jimat! Ianya amat sesuai untuk para graduan yang masih tercari-cari pekerjaan mahu pun sesiapa sahaja yang bakal menghadapi temuduga dalam apa sahaja jawatan.

Apa yang pasti, ebook ini ditulis dengan bahasa yang mudah difahami dan mudah dipraktikkan untuk semua peringkat termasuk SPM, Diploma, Ijazah, Master atau Phd. Ianya juga memdedahkan bagaimana untuk menonjolkan kekuatan diri semasa temuduga.

Matlamat ebook ini adalah untuk membantu untuk lulus temuduga bukan hanya sekadar memberi pengetahuan mengenai temuduga semata-mata. Setelah menguasai ebook ni, dijamin 50% kekuatan untuk lulus temuduga dalam gengaman berbanding mereka yang tidak tahu rahsia-rahsia untuk lulus yang didedahkan dalam ebook ini.

InsyaAllah kita sama-sama berjaya lulus temuduga dan dapat kerja yang diimpikan. Janganlah sia-siakan peluang temuduga yang diperolehi. 

Harga ebook ini tidak la mahal mana pun, hanya RM30.00 sahaja. Harga ini adalah harga promosi. Murahkan?? Tak rugi membeli ebook ini, kerana dengan hanya sekali pembelian kita boleh guna untuk bermacam-macam temuduga untuk pelbagai jenis jawatan.

Maklumat lanjut mengenai ebook Panduan Lengkap Temuduga ni boleh terus ke website temuduga.rahsia.net

Semoga kita sama-sama berjaya. Good Luck and all the best!!




No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...