Genius aulad


Followers

Thursday, November 20, 2014

Resepi Pisang Goreng Cheese: Kali Pertama Mencuba!

Musim-musim hujan ni, kalau dapat makan pisang goreng kan best. Emm..sedapnya pisang goreng, dengan secawan minuman panas. Haa! Terliur sangat pisang goreng..:) 

Selalunya Ida beli pisang goreng ni kat pasar atau kat kedai tepi-tepi jalan. Tapi kali ni nak buat sendiri pisang goreng ni. Bukan pisang goreng biasa tau! Tapi, pisang goreng cheese.. Wah, macam best kan?

Sekarang fenomena cheese berleluasa. Cheese cake la, Pizza cheese la, Pisang goreng cheese la dan macam-macam cheese lagi. 

Sumber: Ehsan Google

Sesiapa sahaja yang gemarkan cheese atau keju ni memang suka sangat pisang goreng cheese ni. Dapat buat sendiri bagus juga kan..Jom tengok resepi ringkas mengenai pisang goreng cheese ni. 

Bahan-bahan:
  • 5-6 biji pisang (kalau nak banyak buat la lebih) 
  • Segengam/ 1 senduk tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 biji telur
  • 1 sudu butter/marjerin
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning/serbuk kunyit
  • Minyak masak secukupnya
  • Sedikit susu pekat
  • Keju Cheddar (diparut)
  • Sedikit butter


Cara-cara:

1.  Kupas kulit pisang dan belah dua atau di potong mengikut citarasa yang sesuai. Ketepikan seketika.


2.  Kemudian satukan kesemua tepung gandum, tepung beras, telur dan sedikit serbuk kunyit/pewarna. 


3.  Gaulkan sebati dan tambahkan sedikit garam dan butter. 


4.  Gaulkan adunan sehingga sekata dan sedia untuk disalutkan kesemua pisang yang telah dipotong tadi.

5.  Kemudian, panaskan minyak dan goreng pisang yang sudah bersalut bancuhan tadi seperti biasa sehingga masak kuning keemasan. 


6.  Angkat dan toskan minyak dan sejukkan seketika dalam bekas. Ha...nampak tak pisang goreng yang dah masak, kuning keemasan..fuhhh...


7.  Selepas itu, parutkan cheese dan butter di atasnya beserta dengan sedikit curahan susu. Seboleh-bolehnya parut cheese tu terus atas pisang goreng tadi, yang ni first time buat parut asing, agak leceh dan nampak tak cantik. 



8.  Siap, sedia dihidangkan dan ini lah pisang goreng cheese yang sebenar..!! Camner, terliur tak...?


Kalau ada coklat chips boleh juga ditaburkan di atasnya..

Selamat mencuba!!


6 comments:

  1. wow ~ menggiurkan....

    Good morning...

    ReplyDelete
  2. pergh sedap pulak tengok banana cheese nih. follow sini skali~

    ReplyDelete
  3. tak berkesempatan lagi try benda ni.. huhuhu
    singgah dan follow sini...

    ReplyDelete
  4. lapar pula perut bila nampak gambar pisang goreng cheese tu. hahaha

    saya dah follow balik ye.

    ReplyDelete
  5. Glurpp...tengokgambar pn dah meleleh air liur....conform sedap :))

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...