Kagum melihat keindahan di atas Hentian Bukit Titiwangsa ni. Di sini terdapat sebuah R & R yang terletak di tengah-tengah Lebuh Raya Timur Barat. Kami berhenti rehat di sini setelah hampir beberapa jam perjalanan melalui Gerik dari Kelantan ke Perak.
Perasaan teruja bercampur tak sabar untuk turun dari kereta untuk menghirup udara yang sejuk dan nyaman di atas puncak tertinggi Bukit Titiwangsa ni.
Suasana di sini amat nyaman dengan udaranya yang seakan-akan berkabus yang kadang-kala menutupi deretan anak-anak bukit dan banjaran-banjaran gunung yang menghijau.
Kawasan hentian ini semakin popular kepada pengguna jalan raya yang kerana ianya menjadi nadi penghubung utama antara negeri di pantai timur dengan barat terutama utara Semenanjung.
Setibanya di sini, kami terus mendapatkan tandas awam yang disediakan kerana tidak tahan terlalu sejuk. Surau dan tempat makan serta cafe juga disediakan.
Ini pengalaman pertama Ida singgah di hentian ini, memandangkan ini adalah kali pertama ke Perak melalui Kelantan. Mak, abah, serta adik-adik memang sering menggunakan jalan ni setiap kali untuk ke Perak.
Di hentian ini terdapat sebuah tempat khas yang luas untuk makan bersila. Setiap kali ke Perak, mak akan bekalkan dengan makanan yang lengkap dari rumah. Memang agak terkejut kerana bukan sahaja kami yang membawa bekal dari rumah tetapi orang lain pun sama.
Pertama kali melihat ramai yang singgah di sini juga membawa bekal dan makan di tempat yang di sediakan. Kata mak, walaupun di sini terdapat cafe tetapi lebih seronok makan bekal yang dibawa, seolah-olah kami sedang berkelah pula...:)
Walau apa pun persinggahan di sini memang best sangat, dan akan sentiasa meninggalkan kenangan terindah dalam hidup.
salam singgah..jalan jalan
ReplyDeletebest kan dapat singgah di puncak yang tertinggi ....
ReplyDeleteseronok jugak rehat kat hentian macam ni...
ReplyDeletebetul...best2...;)
ReplyDeletesaya pun selalu singgah sini kalau ke kelantan dari perak. :) kagum ada rnr kat tgh2 gunung
ReplyDelete