Genius aulad


Followers

Tuesday, November 25, 2014

Resepi Kuew Teow Ladna Special

Resepi kali ni pasti mengiurkan sesiapa sahaja terutamanya penggemar masakan kuew teow. Kalau sebelum ni Ida sudah updated resepi nasi goreng ladna, kali ni kuew teow ladna pula. 

Sebelum ni selalu masak kuew teow goreng, kali ni nak ubah selera dengan kuew teow ladna pula. Kuew teow ladna ni sedap, kerana ianya seakan-akan berendam dalam sos ladna bewarna perang yang sedikit pekat-pekat dan rasanya pula sedikit manis.


Perrrgh...dengar saja sudah membuatkan bibir ni terketap-ketap nak menikmati kuew teow ladna special ni. Tanpa membuang masa jom tengok resepinya!



Bahan-bahan:

Kuew Teow Ladna
  • Kuew Teow (1bungkus) - dibasuh bersih dan toskan.
  • Sedikit kicap pekat
  • 2 sudu sos ikan
  • Sedikit sos tiram
  • Seulas bawang putih (diketuk/ditumbuk)

Sos Ladna / Kuah Ladna
  • 5-6 ekor udang/isi ayam/fish cake/fish ball
  • Sayuran campur (sawi/kailan, kubis bunga, putik jagung, lobak merah - dipotong)
  • 1 biji cili merah (dipotong)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk/tumbuk)
  • Sedikit tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
  • Sedikit serbuk lada hitam/lada hitam (diketuk)
  • Sedikit sos tiram
  • Secukup rasa maggi/stok ayam
  • Garam, gula (secukup rasa)
  • Sedikit minyak
  • Sedikit air
  • Limau nipis (kalau nak masam)
  • Tomato/daun bawang (sekadar hiasan)

Cara-cara:
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih yang diketuk seketika.
  2. Masukkan kuew teow, kicap, sos tiram, sos ikan dan gaul sehingga sekata. Angkat dan ketepikan seketika.
  3. Untuk penyediaan sos ladna. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih yang diketuk.
  4. Kemudian masukkan sayuran campur dan cili merah yang dipotong bersama sedikit air dan sos tiram. Biarkan seketika.
  5. Masukkan isi ayam/udang/fish cake. Gaul sekata sehingga sedikit masak.
  6. Untuk memekatkan kuah, masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air (supaya tepung tidak berketul). 
  7. Tambahkan garam, gula, dan secukup rasa. 
  8. Biarkan masak sehingga mendapat kuah yang agak pekat-pekat sedikit (tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair). Padamkan api. 
  9. Sediakan kuew teow yang diketepikan tadi, kuah ladna bersama sayuran campur dan udang sedia dicurahkan ke atasnya.
  10. Sebelum dihidangkan hiaskan dengan hirisan tomato dan limau nipis. Siap!

Selamat Mencuba!! Happy Cooking!!





5 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...