Beberapa minggu yang lepas, Ida sekeluarga ke Kedah untuk menghadiri jemputan kenduri rakan suami. Sambil-sambil itu suami merancang untuk bercuti dan bawa kami jalan-jalan di sana, memandangkan Ida sendiri belum pernah ke sana.
Dalam hati ni terus timbul persoalan, apa yang menariknya di Kedah ni??? Haa...kalau nak tahu, negeri Kedah ada keunikan dan tarikan pengunjung tersendiri untuk ke sana. Antaranya, Menara Alor Setar. Jangan tak tau, Menara Alor Setar telah menjadi kebanggaan rakyat negeri Kedah.
Lokasi.
Lokasi menara ialah di Lot 99, Lebuhraya Darul Aman, Alor Setar, Kedah. Apa yang penting bila ke sini tidak perlu risau, kerana tidak jauh dari sini banyak lagi bangunan-bangunan tumpuan pelancong yang lain seperti Galeri Sultan Abdul Halim, Balai Nobat, Balai Besar, Masjid Zahir, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, dan Rumah Merdeka. Setelah menaiki menara ini, boleh la ke tempat lain pula.
Tiket.
Harga tiket untuk naik ke menara ini ialah sebanyak RM8/dewasa dan RM4/kanak-kanak. Tiket boleh dibeli di kaunter setelah masuk ke menara ini. Bagi maklumat harga tiket boleh rujuk jadual ini.
Sumber: menaraalorstar.blogspot |
Untuk naik ke atas menara ini, kami diiringi oleh staf di sini menaiki lif yang di sediakan. Jangan risau sepanjang kami di sana, layanan 'customer service' diberikan adalah baik.
Keunikan.
Dengan ketinggian 165.5 meter, menara ini merupakan menara telekomunikasi ke-20 tertinggi di dunia dan juga ke-2 tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur (sumber: wikipedia). Menara ini telah menjadi mercu tanda di negeri ini bukan sekadar menjadi tarikan pelancong malahan ianya menjadi salah satu pusat rekreasi yang dikelilingi oleh tempat-tempat warisan yang lain.
Kalau nak tengok replika bentuk bangunan ini boleh la tengok di salah satu sudut sebelum naik ke atas menara ini, bersama-sama risalah yang disediakan.
Dari sumber fakta mengenai menara ini, rekabentuk menara ini menyerupai satu gugusan tangkai padi iaitu membawa maksud kepentingan dan aktiviti utama, penanaman padi di Kedah.
Selain itu, menara ini juga sering dijadikan sebagai (balai cerap) tempat untuk melihat anak bulan setiap kali untuk menyambut perayaan dalam kelendar Islam.
Aktiviti.
Aktiviti utama bila naik atas menara Alor Setar ini ialah dapat melihat pemandangan di sekitar bandar raya Alor Setar. Pengunjung boleh menggunakan alat (teropong) yang disediakan untuk melihat sendiri panorama di sekitar kawasan tersebut.
Cukup kagum dapat melihat taburan bangunan-bangunan, lingkaran jalan-jalan raya serta petak-petak sawah serta pokok yang menghijau. Afif pun tidak ketinggalan untuk melihat menggunakan teropong tersebut.
Di atas menara ini juga terdapat restoran berputar dimana pengunjung boleh menjamu selera sambil menikmati panorama di sekitar Alor Setar. Hidangan yang popular di sini selalunya ‘steamboot’. Belum berkesempatan lagi untuk menjamu selera di sini kerana kami agak kesuntukan masa. InsyaAllah bila ke sini lagi boleh cuba makan atas restoran berputar pula.
Di atas menara ini juga ada terdapat barangan cenderamata yang dijual dengan pelbagai pilihan menarik. Pengunjung boleh la membeli dan membawa pulang barangan cenderamata di sini sebagai kenangan.
Sebelum pulang kami sempat bergambar di bahagian bawah menara ini. Cantik! Di sini terdapat satu kolam besar yang hampir mengelilingi dasar menara ini.
Di bawah menara ni terdapat pelbagai gerai jualan. Ada juga kawasan permainan kanak-kanak disediakan. Pada waktu petang terutamanya pada hari minggu, boleh dikatakan ramai pengunjung yang datang ke sini, termasuk la pengunjung setempat dan juga pengunjung luar negeri.
Tengok la ni, Afif pun tak nak lepaskan peluang untuk menaiki kereta control ni. Tak pasti pulak, berapa kadar bayaran untuk naik kereta ni.
InsyaAllah kami akan ke sini lagi pada masa akan datang. Orang kata suasana pada waktu malam lagi cantik kerana dapat lihat kilauan lampu-lampu. Hari semakin senja, kami terpaksa beredar dan pulang, tapi sempat melihat suasana sekitar waktu senja, memang cantik!
Menara ni memang cantik, cuma dah lama tak naik menara ni.
ReplyDeletewah bestnya..tadi sempat jalan2 tapi tak naik. tq for info.
ReplyDeletewah bestnya..tadi sempat jalan2 tapi tak naik. tq for info.
ReplyDelete