Genius aulad


Followers

Monday, November 17, 2014

Saya Budak Baru Belajar: Cara-cara Download Video dari YouTube

YouTube ialah sebuah laman web perkongian video yang popular di kalangan pengguna untuk memuat naik, menonton, dan berkongsi video klip. Rasanya ramai yang sudah tahu cara-cara nak download video dari YouTube kan? Sebenarnya dah lama tak buka YouTube dan dah lupa macam mana nak download video ni.

Memandangkan sejak akhir-akhir ni anak bujang Ida, Afif suka sangat tengok cerita cartoon "Upin&Ipin", jadi Ida nak 'download' dari YouTube untuk disimpan dalam laptop dan juga tablet. Jadi Afif tak perlu lah nak merenget lagi bila dia nak tengok cerita "Upin&Ipin". 

Haaaiiiilaa..besar sungguh pengaruh cerita "Upin&Ipin" ni sehinggakan kanak-kanak begitu teruja, dah macam ketagih nak melihat cerita cartoon ni. Nasib baik la, cerita cartoon ni banyak menonjolkan nilai-nilai murni dalam setiap jalan ceritanya; so, Afif dibenarkan untuk menonton cerita tersebut...:D

Ida tahu korang mesti dah expert bab-bab nak 'download' video dari YouTube ni. Terdapat beberapa cara untuk memuat turun video dari YouTube ni, termasuklah menggunakan pelbagai jenis software. Tapi Ida biasa menggunakan web KeepVid dan cara ini lah yang dipraktikkan dari dulu sampai sekarang.

Jadi siapa yang baru nak belajar cara nak download video dari YouTube ni, boleh la tengok langkah demi langkah yang sediakan ni. Ini kisahnya sambil-sambil nak download cerita "Upin&Ipin" kat Afif la ni.huhu...

Cara-cara Download Video dari YouTube

1.  Buka web YouTube www.youtube.com


2.  Kemudian, taipkan kata kunci bagi nama video yang diinginkan dan tekan butang "search" atau "enter". Contoh:  "Upin dan Ipin" dan sebaginya.


3.  Selepas itu semua video yang berkaitan dengan carian kata kunci akan keluar. So, boleh pilih video yang diiginkan.


4.  Seterusnya, klik pada tajuk atau mainkan video. Maklumat berkenaan video dapat dilihat seperti masa (duration), nama yang 'upload', bila di 'upload' dan sebagainya. Lebih kurang cam gitu lah...:)


5.  Kemudian, terus klik butang "Share" untuk mendapatkan kod video tersebut. 


6.  Copy kod video tersebut dan siap sedia untuk di "paste" di web KeepVid.


7.  Buka satu lagi website iaitu website KeepVid di keepvid.com dan "Paste" kod yang di "Copy" tadi pada ruangan yang disediakan. Seterusnya tekan butang "Download" di sebelahnya. Jangan tekan butang download yang lain, kerana yang lain mungkin iklan semata-mata. 

8. Seterusnya boleh ikut arahan yang diberikan iaitu tekan butang "Run this time" untuk membenarkan video di 'download'.


9.  Selepas itu, semua format video akan keluar dan video tersebut sedia untuk di 'download' mengikut jenis format yang dikehendaki. Selalunya Ida ambil yang format MP4 (Max 480p), sesuai untuk laptop dan juga tablet.


10.  Pilih dan klik pada format video yang dikehendaki dan video yang telah di 'download' akan muncul di "task bar". Ianya mengambil masa tertentu sehingga habis 'download'.


Siap!!

p/s: Nak download video dari YouTube ni kena masa 'qouta internet' banyak. Selepas download video ni, memang 'quota internet' cepat habis..huhu..


7 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...