Alahaii...siapa yang tak kecur air liur melihat mangga muda dengan asam boi ni. Rasanya yang tidak mengidam pun terus mengidam nak makan jeruk mangga asam boi ni.
Jeruk mangga muda asam boi ni seolah-olah sudah menjadi satu fenomena di Malaysia!! Mana taknya seluruh media sosial di Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain juga sibuk memperkatakannya. Masing-masing meng'upload' gambar-gambar mangga muda asam boi ni.
Jeruk mangga muda asam boi ini kian mendapat tempat di kalangan masyarakat kita, lantaran itu ramai pengusaha-pengusaha kecil mahupun besar juga sudah menkomersilkan produk mangga muda asam boi ini.
Sungguh hebat penangan jeruk mangga muda asam boi ni kan. Ida sendiri tidak lepas untuk cuba membuat sendiri jeruk manga muda asam boi ni. Tambahan pula sememangnya tengah mengidam nak makan asam ni.hehehe....Jenuh la en.husband pergi mencari mangga muda.
Beruntung kerana tidak susah pun nak dapatkan mangga muda ni, ini kerana sememang musimnya. Di pasar-pasar juga jualan mangga muda semakin mendapat tempat di kalangan penjual dan pembeli sehinggakan harga jualan mangga muda juga meningkat dari hari ke hari.
Terkejut juga harga mangga muda dah mahal, sewaktu beli awal-awal hari tu tak lah semahal mana pun. Mengidam punya pasal, terpaksa lah beli walaupun mahal. Nampaknya kena tanam mangga sendiri depan rumah la lepas ni...=)
Mangga muda ni sedap, isinya rapuh dan bijinya pula masih lembut. Namun untuk dapatkan mangga yang betul-betul muda agak susah, kerana kebanyakan yang dijual sudah agak tua dan isinya sudah agak kekuningan. Tapi, rasanya...masyaAllah..tetap masam!!
Untuk membuat jeruk mangga muda asam boi tidaklah begitu susah. Semua bahan-bahan dan cara-cara membuatnya adalah mudah sahaja.
Bagi yang ingin mencubanya boleh la tengok resepi Jeruk Mangga Muda Asam Boi seperti di bawah:
Bahan-bahan:
- Mangga muda
- Asam boi
- Gula secukupnya
- Sedikit garam
- 2-3 tangkai cili padi (dipotong)
Cara-cara:
1. Kulit mangga dikupas dan dibelah-belah sederhana kecil.
2. Basuh bersih dan toskan airnya.
No comments:
Post a Comment
NOTE:
Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)