Genius aulad


Followers

Tuesday, November 11, 2014

Singgah Makan: Mee Ketam, Warung Pak Su, Juru, Pulau Pinang

Now, part untuk berhenti makan-makan! Ianya seolah-olah sebagai reward kepada kami setelah penat bercuti dan jalan-jalan di Penang ni. Ini merupakan kali kedua kami singgah makan di Warung Pak Su, Juru. 

Kat mana warung ni?? Lokasi Warung Pak Su ialah di 385, MK12, Bagan Nyir Juru, SPT, 14000 Bukit Mertajam, Penang.  Tak susah pun nak cari, google je terus boleh dapat. Walaubagaimanapun, nasib la husband masih ingat lagi jalan untuk ke sini. 

Kalau sebelum ni tak berkesempatan untuk merasai mee ketam kerana habis, kali ni kami ke sini lagi untuk mencubanya. Alhamdulillah rezeki kami nak makan mee ketam kali ni ada. 


Harga sepinggan mee ketam ni kalau tak salah RM15-RM18 sepinggan bergantung pada saiz ketam yang dimasak. Kata husband, memang sekarang harga mee ketam dah mahal sket berbanding dahulu. Tak mengapa lah, kami pun jarang-jarang datang, mahal pun nak buat camner..pejam mata aje la..:)

Kalau nak datang sini kene prepare masa betul-betul, sebab kalau datang lewat nanti masakan ketam habis. Waktu operasi Warung Pak Su ni adalah dibuka pada setiap hari kecuali hari Khamis bermula jam 12:00 tengah hari sehingga 10:30 malam. 

Rasa ketam yang dimasak betul-betul sedap. Isi ketam manis dan segar. Husband Ida pulak laju je habiskan sepinggan. Sedap katanya..:P


Menyelerakan sungguh walaupun agak susah nak makan ketam tu sebenarnya..huhu... Slow-slow nak habiskan seekor ketam tu....:) Time Afif tidur sempat la selfie jap..


Mak pula tak boleh makan ketam, nanti naik darah bagai katanya. So, untuk mak kami order nasi goreng biasa + telur mata. Kata mak sedap juga, walaupun nasi gorengnya simple. Sebelum ni kami pernah makan nasi goreng ketam di sini, pun sedap!


Waktu kami sampai sini, elok pulak Afif ni nyenyak tidur. So, kami order aiskrim untuk Afif, bangun tidur boleh la dia makan aiskrim ni. 


Aiskrim ni dalam bekas, so tak perlu risau untuk tapau dan bawa pulang makan atas kereta, sebab memang Afif tak dapat habiskan pun...:D


Lapar bercampur dengan penat sebenarnya, sambil makan dan minum boleh la berehat sekejap sebelum meneruskan perjalanan kami untuk pulang. 

Walau apa pun, sedap dan boleh tahan juga makan di Warung Pak Su ni...:)




4 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...