Dah lama dah orang duk heboh-heboh pasal jambatan baru kat Penang ni, Ida dan family pulak baru je pergi menjejakkan kaki untuk melihat sendiri Jambatan kedua Pulau Pinang ni. Tak pe la, at least sampai jugak kan. Maklum la kami pun bukannya orang Penang sebab tu lewat sikit sampai..;p
So, trip percutian kami kalinya bukan hanya ke Kedah sahaja, tapi dari Kedah membawa ke Penang pulak. Alang-alang dah dekat kami jalan-jalan ke Penang sekali. Tempat en. suami belajar dulu-dulu, katanya dah expert datang sini. Ida pula, ini merupakan kali kedua, sebelum ni mai sini bercuti ke Pulau Pinang tapi, jambatan ni belum siap lagi.
Namun masih belum terlewat lagi, kerana jambatan ini masih baru lagi dirasmikan olah Perdana Menteri kita, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 1 Mac 2014. Haa...baru lagi kan.
Sebenarnya jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasminya ialah Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah siap dibina sepenuhnya pada Februari 2014 lagi. Ianya dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bersempena nama yang di-Pertuan Agong yang ke-14.
Ia mempunyai dua platform yang meliputi kawasan perkhidmatan & rehat di persimpangan tengah. Ia direka seakan-akan menyerupai mutiara. Kawasan rehat ini akan menjadi kawasan rehat lebuhraya terapung pertama di Malaysia. Menarikkan.....
Sumber gambar dari google image. Tak mampu nak naik helikopter untuk ambil gambar camni...huhu
Dari sumber wikipedia, jambatan yang telah menelan kos RM4.5 bilion ini adalah sepanjang 24km (15 batu) merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara. 17 km (10 batu) daripada jambatan ini akan merentasi Selat Selatan, selat yang menghubungkan Pulau dan Seberang Perai. 1.5 km (1 batu) berada di kawasan Batu Maung, sementara 6 km (3 batu) akan berada di kawasan Batu Kawan.
Jambatan ini juga mempunyai kompleks tol bersepadu yang pertama di Malaysia dan yang terbesar dengan mempunyai 28 lorong. Empat lorong dengan dua lorong motosikal dibina di atas jambatan ini. Ianya merupakan sebuah jambatan yang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar Seberang Perai dan Batu Maung di Pulau Pinang.
Dari atas jambatan ni boleh lihat pemandagan yang cantik dan mendamaikan. Sejuk mata memandang melihat laut yang kebiruan.
Kata suami, suasana dari atas jambatan ni pada waktu malam lagi cantik. Penuh dengan kilauan lampu-lampu di sepanjang jambatan ni. Buktinya ini gambar dari pakcik google Jambatan Kedua Pulau Pinang pada waktu malam. Cantik betul kan...
Itu lah yang menariknya mengenai Jambatan Pulau Pinang yang kedua ni. Kami sekadar pusing-pusing je, makan angin orang cakap...;p. Setelah naik jambatan, balik naik feri pulak. Saja nak bagi mak rasa naik feri besar. Seronok, pegalaman pertama katanya. Sebelum ni tak pernah naik feri besar cam gini.huuhuhu..
Lepas naik feri, singgah beli Jeruk Madu Pak Ali. Buah tangan untuk dibawa pulang nanti. Borong sakan dengan mak sekali...:)
Ok la...walaupun sekadar jalan-jalan, namun seronok juga. Apa yang penting happy dapat bawak mak sekali jalan-jalan bersama. Itu pun belum habis lagi nak bawak mak jalan-jalan ke tempat lain, tapi masa tak mengizinkan. Kesian kat mak, dah penat katanya..:P InsyaAllah kalau ada masa lagi, boleh la ke tempat lain pula.
tak pernah lagi naik jambtan kedua pulau pinang tu..
ReplyDeletesaya lalu dah 2x jambatan tu masa bercuti dulu..panjang jugak kan??..
ReplyDeletebtw salam perkenalan dari saya..jemput singgah ke blog sy jugak ye ;)
Salam. Hee seronok jalan2 atas jambatan.
ReplyDeleteHai...salam. kenal..tu la, seronok jugak la, sbb 1st time lalu n lihat pmndagan atas jambatan ni..:)
ReplyDelete