Genius aulad


Followers

Tuesday, March 10, 2015

Pelbagaikan Cita Rasa Aiskrim Vanila dengan Buah

Sejak akhir-akhir ni musim panas melanda negara kita. Kene jaga kesihatan betul-betul. Perbanyakkan minum air kosong. Sekarang ni, tak kira dewasa atau kanak-kanak memang mudah terkena demam, batuk, selsema serta sakit tekak.

Walau apa pun musim-musim panas macam ni kalau dapat rasa icecream vanilla dengan buah ni pun sedap jugak kan. Boleh dimakan bila-bila masa sahaja dan sesuai juga untuk dihidangkan sebagai dessert. 

Sesetengah pendapat ada juga menyatakan aiskrim vanila ni membantu menyembuhkan demam selsema. Ha..elok sangat la tu kalau makan aiskrim ni.

Ermmm...Yuuummmy!! Ok, jom tengok antara yang sempat dihidangkan.

Vanilla Ice cream with Kiwi and Choc.

Vanilla Ice cream with Kiwi and Chocolate Chips.

Vanilla Ice cream with Red Cherry and Chocolate Chips.

Vanilla Ice cream with Banana and Chocolate Chips.

Ha...bagi yang dah jemu makan ice cream begitu sahaja pelbagaikan hidangan anda dengan menambahkan buah-buahan. 

Hidangan macam ni bukan setakat mak ayah je suka, malah anak-anak pun suka ni. Selain daripada berkhasiat ia juga membantu melengkapkan nutrisi pemakanan anak-anak. 

Tak cukup dengan buah-buahan, bagi yang nak tambah dengan biskut oreo pun boleh. Biskut tu boleh patah-patahkan kecil-kecil atau di letakkan sekeping macam tu sahaja.

Selamat mencuba ye!!


2 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...