Genius aulad


Followers

Tuesday, August 28, 2018

Genius Aulad Kubang Kerian First Review

Assalamualaikum w.b.t 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pertama sekali ingin saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi saya kesempatan untuk mencoret sesuatu pada kali ini. Pada kali ini saya akan kongsikan review saya tentang pusat perkembangan minda yang tidak kurang ulungnya, bait-bait namanya disebut-sebut ibu bapa sekarang ini. Mana tidaknya, ibu bapa sekarang sememangnya ramai yang sudah peka tentang tadika atau tempat anak-anak mereka belajar. Kisah-kisah mengenai kes-kes penderaan kanak-kanak di tempat asuhan baru-baru ini sudah tentu membuatkan ibu bapa hari ini semakin 'celik mata' dan lebih berhati-hati dalam memilih tempat yang sesuai untuk anak-anak. 


Terlebih dahulu jom kenali Genius Aulad. Genius Aulad merupakan sebuah pusat perkembangan minda kanak-kanak berusia 3-6 tahun yang menerapkan kemahiran berbahasa Inggeris serta kurikulum pendidikan prasekolah berteraskan prinsip-prinsip rukun Islam. "Lesson Beyond Classroom" sebagai moto pengajarannya cukup untuk menggambarkan ianya melibatkan pelajaran yang kreatif, hands-on, aktiviti yang menarik dan penglibatan sosial terhadap perkembangan kanak-kanak dengan lebih baik dengan kekuatan dan kebolehan semula jadi yang terbaik. Islam bukanlah satu-satunya perkara yang diajar di dalam bilik darjah, tetapi ia adalah sesuatu yang secara semulajadi tertanam dalam amalan harian kita.


Pertama kali menjejakkan kaki ke Genius Aulad, Kubang Kerian sebagai 'orang luar' saya rasa amat tertarik dan kagum untuk lebih mendekati pusat perkembangan kanak-kanak ini. Pengalaman beberapa tahun berada di dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak betul-betul membuka minda saya untuk lebih mendekati dunia kanak-kanak dan cara didikan terhadap mereka ditambah pula dengan saya yang mempunyai anak-anak sendiri. Saya sentiasa mencari dan ingin memberikan pembelajaran yang terbaik untuk mereka dan saya tahu begitu juga dengan ibu bapa di luar sana.

Gambar-gambar ini diambil semasa Open Day untuk intake 2019 di Genius Aulad Kubang Kerian, Kelantan. Sejuk mata memandang apabila melangkahkan kaki ke Genius Aulad. Ianya memang menitik beratkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk kanak-kanak. Berlatar belakangkan warna kuning dan biru sememangnya memberikan kecerian terhadap kanak-kanak. Apa yang saya perhatikan, ternyata Genius Aulad menitik beratkan 'children safety first'. Sedari dari pintu masuk yang sudah dilengkapi dengan 'bell' dari tingkat bawah beserta pintu yang berpenggera memberikan kemudahan untuk ibubapa dan anak-anak keluar masuk. Bukan itu sahaja, ianya dilengkapi dengan CCTV yang beroperasi 24 jam.  


Pada peringkat awal saya terus tertarik dengan semua peralatan, alat permainan dan perabot yang digunakan. Ianya seolah-olah cukup memberitahu keselamatan kanak-kanak adalah menjadi priority yang diambil berat semasa berada di sini. Saya perhatikan lantai yang saya pijak, ternyata memberikan kualiti yang terbaik untuk keselamatan kanak-kanak. Semua bilik belajar lengkap dengan penghawa dingin bagi memberikan keselesaan kepada pelajarnya. Semua dinding tertampal dengan sesuatu yang ceria dan ada juga dari hasil kreativiti kanak-kanak itu sendiri. Bermula dari mengenal huruf sehinggalah ke tema-tema tertentu. Kesan pencahayaan cukup terang sememangnya kena dengan warna dinding dan sekitarnya. Dari segi peralatan untuk mengajar pula, mereka dilengkapi dengan pelbagai kemudahan teknologi untuk mengajar. MasyaAllah bertuahnya anak-anak sekarang ada tempat yang macam ni untuk belajar. 

Berbalik kepada 'Open Day' yang saya attend, saya dapat melihat guru-guru melayan kanak-kanak yang hadir. Subhanallah, mereka seolah-olah semuanya terlatih dan berpengalaman. Melayan kerenah kanak-kanak dengan penuh rasa kasih sayang dan penuh sabar sememangnya menjadi perinsip utama guru-guru atau pendidik pra-sekolah. Ternyata jangkaan saya tepat kerana ada di kalangan mereka telah berkhidmat selama hampir 15 tahun di Genius Aulad. Semoga Allah SWT memberkati dan melimpahkan rahmat atas jasa guru-guru sekalian mendidik kanak-kanak.



Dalam pada ibu bapa inginkan anak-anaknya mendapatkan ilmu yang terbaik, jangan pula kita lupa hak asasi kanak-kanak ini. Apa yang saya perhatikan sekarang ini, kanak-kanak seusia ni sudah mula terbeban dengan kerja-kerja sekolah, dipaksa untuk belajar menulis dan membaca. Tertarik dengan konsep yang dibawakan oleh Genius Aulad kerana menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara semulajadi di samping menerapkan ilmu-ilmu dalam mata pelajaran yang telah gariskan. Perkembangan mereka haruslah ceria dan menyeronokkan. Mereka bermain bukanlah mereka tidak belajar dan di Genius Aulad mereka akan menjelajah ke alam pembelajaran yang cerdas dan ceria khususnya membentuk ilmuan-ilmuan Islam masa hadapan! InsyaAllah.


Ibubapa yang ingin walk ini ke Genius Aulad Kubang Kerian atau hubungi Teacher Ayuni (Contact No. 019-6370185) untuk info dan rundingan.  Maklumat lanjut boleh juga ke website rasmi Genius Aulad di https://www.geniusaulad.com.my

1 comment:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...