Followers

Monday, April 13, 2015

Makan di Restoran Mawar Merah, Wakaf Che Yeh

Restoran Mawar Merah, Wakaf Che Yeh, Kelantan. Restoran ni dah jadi favorite restoran Ida dan suami. 1st time datang sini, husband yang bawak; katanya kat sini makanannya sedap. Hmmmm...pernah datang sini la tu dengan kawan-kawan dia. 


Tapi, memang betul sedap..1st time datang sini dah jatuh hati dengan menu chicken chop nyer.. Kebetulan, Ida memang penggemar chicken chop. Chicken chop kat ni ada yang biasa dan special. 

Bezanya yang special ni ada hot dog dan apa lagi entah.. Tapi yang regular (biasa) ni pun dah kenyang, tak habis makan..huhu..Kalau tak salah hanya RM8/set (biasa) dan RM11/set (special). 


Kat sini boleh dikatakan makanannya sedap, tempat selasa, dan harga berpatutan..(thumb up!!)..hehe..caya la, bukan senang Ida nak bagi pujian macam ni tau kalau bukan yang betul-betul..


Restoran Mawar Merah ni terletak di Kg. Wakaf Che Yeh, belakang pasar borong/pasar malam Wakaf Che Yeh. Paling bestnya datang sini lepas maghrib, dinner kat sini, lepas tu boleh terus pergi pasar borong Wakaf Che Yeh...:D

Kebiasaannya pengunjung akan memenuhi restoran ini pada waktu malam untuk dinner. Pengunjung restoran ini pula merupa orang tempatan dan juga luar dari Kelantan. 


Terdapat pelbagai menu dihidangkan terutamanya masakan thai, western food dan pelbagai menu masakan panas yang lain.

Minuman di sini juga boleh dikatakan special kerana terdapat dalam pelbagai perisa buah (fresh juice) sama ada blended atau juice drink. 


Tak cukup ber'dating' bertiga (Ida, suami dan Afif) malam berikutnya kami ke sini lagi bersama adik-adik Ida untuk makan malam. Ternyata mereka pun berpuas hati..(senyum lebar).

Anak bujang (Afif)

Bila ke sini husband suka makan menu nasi goreng, katanya nasi goreng kat sini sedap. 


Kami turut mencuba 'yong tau fu' kat sini. Boleh tahan sedapnya, tapi memangdangkan perut dah 'full' dengan makanan berat yang lain, makan 'yong tau fu' sikit sahaja.huhu... 


Alhamdulillah...kenyang..bukan main berselera en.husband dan anak Ida makan...;D


Anyway..this was my dinner experiences here. All menu served so delicious..Thanks untuk en.husband yang belanja semuanya..Alhamdulillah...:)  


No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...