Ikan siakap 3 rasa merupakan salah satu menu yang digemari jugak. Sebelum ni Ida pernah update mengenai resepi ikan siakap 3 rasa ni, tapi nak update jugak yang latest ni. Kenapa?? Sebab Ida bertungkus lumus menyediakan bahan-bahan yang special untuk ikan siakap ni seperti buah nenas dan oren selain tomato. Haa...buah-buah ni semua Ida guna untuk masukkan dalam resepi kali ni untuk memberi impak rasa masam, masin dan manis yang betul-betul kawww punyer..hehe...
Bukan senang tau nak kupas buah nenas ni. huhu....Tengok la, cantik pulak buah nenas ni.
Okey..okey..jom 'skodeng' resepi yang Ida buat ni=)
Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Special
Bahan-bahan:
Untuk Ikan:
- 1 ekor ikan siakap
- Sedikit serbuk kunyit
- Sedikit tepung jagung (dilumur pada ikan untuk garing)
- Secukup rasa Maggi
- Sedikit garam
- Minyak untuk menggoreng ikan
Untuk Sos 3 Rasa:
- 3 biji bawang putih (dikisar)
- 2 ulas bawang merah (dikisar)
- 1/2 inci halia (dikisar)
- 1 batang serai (hiris halus dan dikisar)
- 1-2 biji cili padi (dipotong kecil-jika mahu pedas)
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 1 biji tomato (dipotong dadu)
- 1/2 biji cili benggala (dipotong dadu)
- 1/3 biji nenas (dipotong dadu) -kalau tak de, boleh juga beli yang siap dalam tin
- 1/2 biji buah oren (diperah jusnya)
- 2 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos ikan
- 3 helai daun limau purut (dipotong sederhana kecil)
- Daun bawang (untuk hiasan)
- 1/2 oren (dipotong nipis)
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa secukup rasa
- 2 sudu gula/ boleh juga guna gula melaka
- 1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
- Minyak untuk menumis
Cara-cara untuk Ikan:
- Ikan dibersihkan dan dikelar.
- Satukan semua bahan-bahan untuk ikan kecuali tepung jagung. Lumurkan pada ikan dengan sekata. Selepas itu baru lumurkan dengan tepung jagung keseluruh badan ikan.
- Panaskan minyak yang mencukupi untuk menggoreng. Agak-agak biar ikan tenggelam. Selepas tu goreng ikan dalam minyak yang dipanaskan sehingga masak garing. Boleh angkat dan ketepikan.
Cara-cara untuk Sos 3 Rasa:
- Panaskan minyak dalam kuali lain. Tumiskan bahan-bahan kisar serta cili padi sehingga naik bau.
- Selepas tu, boleh masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan gula serta jus perahan oren. Kacau sekata.
- Kemudian, masukkan bawang besar, tomato, nenas dan cili benggala yang dipotong dadu. Masukkan sekali daun limau purut.
- Tambahkan air sedikit. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuahnya.
- Selepas itu, tambahkan garam dan secukup rasa maggi secukupnya.
- Biarkan seketika sehingga kuah sehingga kuah agak pekat. Boleh angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.
- Hiaskan dengan daun sup serta lebihan oren yang dipotong nipis.
Ikan Siakap 3 Rasa Special siap. Sedia dihidang... Selamat mencuba..=)
nyumy2..penyeri nye buah limau tuh kt tepi pinggan ;)
ReplyDeletehaha...kan,kan...=)
DeleteYummy my fav ni..adoiii kecur air liur
ReplyDelete