Husband suka sangat makan mee udang, mee ketam dan mee-mee yang seangkatan dengannya. So, kami decided nak makan di Restoran Mee Udang d'Tanjung ni. Restoran ni banyak menyediakan menu-menu dari Pulau Pinang. Actually, restoran ni suggested from husband punya friend. hehe..katanya mee udang kat sini sedap dan restoran ni pernah masuk dalam rancangan "Jalan-jalan Cari Makan, TV3" dan beberapa rancangan TV yang lain.
Memandangkan restoran ni tak jauh dari rumah kami, so kami pun pergi la nak rasa sendiri kann.. Restoran ni terletak di 53, Jalan SM3, Taman Sunway, Batu Caves. Tel : 019-3563566 / 019-2611000 (Dibuka Isnin - Sabtu jam 7.30 pagi hingga 12.00 malam). Tutup pada hari Ahad.
Boleh tahan jugak rasa mee udang dia. Harga semangkuk mee udang ni RM7. Udang dia besar jugak la. Ida pula try nasi goreng special D'tanjung. Sepinggan RM7 jugak. Nasi gorengnya ada cucur udang, telur dadar hancur dan juga keropok dihidangkan dengan sos dan juga sup kosong. Emm..boleh tahan. Afif suka makan keropok tu. So, time kami makan tu dia tak la meragam sangat, syok duk makan keropok.hehe...
Minuman pula terdapat pelbagai jenis minuman panas dan sejuk termasuk jus buah, abc dan lain-lain. Pelanggan boleh memilih untuk duduk kat bahagian dalam (indoor) atau kat luar kedai (outdoor) untuk rasa angin luar.
Apa pun memang best jugak kat sini, alternatif untuk merasa masakan dari Penang. Kalau tak nak pergi Penang, boleh singgah kat Batu Caves ni je =)
No comments:
Post a Comment
NOTE:
Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)