Genius aulad


Followers

Tuesday, October 29, 2013

Tips Sebelum Bercuti

Seronok betul this week...:) Why? Sebab Ida ikut husband pergi kursus kat PD. Time husband ada kursus  boleh la bersenang lenang menghadap blog. Like my husband said "sambil-sambil berkursus, boleh bercuti sekali". Haa....seronok, seronok...hehe... Paling best si kecil kami ni, kalau dapat pergi travel memang suka. Maklumlah boring duk kat rumah je kan. 


So, bercuti bercuti jugak. Apa tips yang perlu sebelum bercuti ni. Ok, tips ni based on my experiences when we have a trip holiday.

(1) Buat Simple Research Tentang Destinasi Percutian.
Bila dah tahu tempat percutian mana yang kita nak pergi, Ida akan cari maklumat terlebih dahulu mengenai tempat percutian tu, samaada menggunakan internet atau bertanya pada rakan-rakan yang pernah pergi. Maklumat yang penting seperti maps, tempat untuk menginap, tempat-tempat menarik yang nak pergi dan macam-macam lagi. 

(2) Booking Tempat Penginapan Awal (jika perlu).
Kalau bercuti time peak season seboleh-bolehnya booking tempat penginapan pilihan telebih dahulu. Sama ada hotel, resort atau homestay. Sebab takut sampai sana semua tempat penginapan ni penuh, lebih-lebih lagi waktu cuti sekolah. 

(3)  Buat Ringkasan Budget.
Selepas kita dah buat simple research baru la boleh buat ringkasan budget yang diperlukan. Contoh budget untuk hotel, minyak, shopping, makan, tiket dan lain-lain.

(4)  Buat Simple Itinerary/Jadual.
Macam skema plak kan. Tapi kalau perlu apa salahnya buat. Antara perkara yang perlu dihighlightkan seperti masa bertolak, sampai, masa untuk ke tempat-tempat wajib singgah dan sebagainya. Barula tak ada tempat atau benda yang nak kita beli akan tertinggal nanti. Percutian kita pun lebih teratur dan tidak kelam kabut. 

(5)  Buat Check List untuk Barang-barang yang Hendak Dibawa. 
Check list ni penting kerana ia memastikan barang-barang yang ingin dibawa tidak tertinggal. Kalau nak tahu Ida selalu buat list ni sebab nanti boleh gunakan semula sewaktu kemaskan barang semasa hendak balik. Refer balik list barang yang kita bawa, barang-barang ni jugak yang kita bawa balik. Baru la tak tertinggal sana sini. Selalunya perkara yang kita selalu bawa bersama waktu bercuti adalah seperti:
  • Keperluan diri seperti pakaian yang cukup.
  • Barang-barang keperluan anak.
  • Kotak ubat kecemasan (minyak angin, penadol, ubat-ubat demam anak, dan lain-lain).
  • Keperluan asas lain. Jangan lupa ubat dan berus gigi, shampu, sabun dan barang-barang seangkatan dengannya.
  • Apa yang penting juga ialah charger camera, telefon, ubat nyamuk letrik, lampu tidur, extension plug dan lain-lain.
  • Selalu juga bawa penunjuk arah kiblat. Selalunya kat hotel atau tempat penginapan ni tak ada penujuk arah kiblat. So, bila dah ada alat ni senang kita nak solat nanti. 
  • Pastport atau visa (kalau bercuti luar negara).
  • Lain-lain yang dirasakan perlu untuk dibawa.

(6)  Pastikan Rumah Dalam Keaadaan Selamat Sepanjang Bercuti.
Sebelum pergi bercuti pastikan semua keaadan rumah selamat. Barulah hati nak tinggalkan rumah pun tenang. Antranya:
  • Pastikan semua sampah dibuang, takut balik nanti habis berulat. 
  • Bersihkan semua periuk dan pinggan mangkuk sebelum ditinggalkan.
  • Tutup atau cabut semua soket elektrik seperti TV, radio, periuk elektrik, cerek elektrik dan lain-lain. (peti ais selalunya tak)
  • Cabut kepala tong gas dan pastikan dalam keadaan selamat.
  • Pastikan barang-barang berharga dibawa bersama atau disimpan di tempat-tempat yang selamat. 
  • Apa yang paling penting pastikan semua tingkap, pintu berkunci sebelum keluar.
(7)  Pastikan keaadaan Kereta Selamat (Kalau pergi dengan kereta la).
Ini part yang perting juga. Kalau boleh service dahulu sebelum perjalanan jauh. Make sure, semua keadaan kereta dalam keadaan baik. Bawa bersama peralatan kecemasan seperti, tayar spare, jumper dan lain-lain.


Bila dah buat semua benda ni baru la rasa tenang nak pergi bercutikan. Apa yang Ida tulis untuk peringatan sendiri juga. Kadang-kadang lupa. Kelam kabut dibuatnya. hehe... Apapun selamat bercuti. Have a nice  and sweet holiday okey =) 



No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...