Genius aulad


Followers

Tuesday, October 29, 2013

Bila Anak Tidak Mahu Makan!

Risau betul bila anak tak nak makan ni kan. Ini yang selalu terjadi pada Afif. Semasa dia berusia 6 bulan dulu, badan dia berisi la jugak, makan nestum pun tak ada masalah. Bila dah masuk usia 1 tahun lebih ni, puas pujuk dia suruh makan, tak nak jugak. Nestum, bubur nasi, sup yang selalu dihidangkan selalu membazir je. Hmm.... 

Orang kata mungkin dia nak berjalan kot sebab tu tak ada selera makan. Emm.. betul jugak kot. Tapi risau plak, cukup ke tenaga dia nak berjalan dan nak bermain dengan minum susu je. Kadang-kandang makan biskut je. Biskut tiger tu dia makan la. Mama cuba jugak merajinkan diri untuk mencari penyelesaian untuk Afif.


Jom kongsi bersama antara beberapa perkara yang boleh ambil sebagai penyelesaian masalah ni. Antara yang perlu diambil berat ialah:

Sajian makanan yang sesuai.
Maksud makanan yang sesuai di sini ialah termasuk jenis makanan dan kuantiti makanan yang diberikan. Pastikan ianya dalam kuantiti yang sedikit bersesuaian dengan usia dan saiz perut anak kita. Kalau sikit takut tak cukup, tapi kalau banyak nanti anak kita akan muntah-muntah. 


Variasi/Pelbagaikan menu dalam pemakanan hariannya.
Anak kita akan cepat bosan dengan menu yang sama. Jadi tukar-tukarkan menu setiap hari dengan pelbagai jenis menu yang sesuai seperti bubur nasi, sup, nestum (jika masih kecil) dan lain-lain.


Kreativiti menghias makanannya.
Kalau boleh hiaskan makanan anak kita supaya dapat menarik minatnya untuk makan. Paling senang, cuba buat bentuk mata, mulut dan sebagainya. Biarkan dia lihat dahulu sebelum suapnya makan. 


Jadikan waktu makan yang menyeronokkan.
Kanak-kanak memang suka bermain. Time makan pun nak bermain. Tapi, apa salahnya kalau dia makan sambil bermain. Baru la dia seronok bermain dan sambil-sambil tu dia akan makan. 

Mengikut rutin pemakanan harian. 
Dari kecil anak kita dah terbiasa dengan waktu-waktu makan tertentu. Jadi bila tiba waktu makan, berikan makanan untuk dia makan. Jika  diberi makan sebelum waktu makan memang la dia tak nak makan. 

Perlu banyak bersabar dalam melayan kerenah anak.
Ini yang paling penting. Ida sendiri pun kadang-kadang naik hangin jugak bila anak tak nak makan ni. Sabar....:) Kalau boleh jangan paksa dan meggunakan kekerasan dalam memujuk anak untuk makan. Pujuk dengan cara yang lembut supaya dia tidak melawan dan tak mahu makan. 

Sedia makanan dan makan bersama anak.
Kalau boleh sewaktu sediakan makan, buat bersama anak supaya dia lihat sendiri. Kadangkala kita perlu makan di hadapan anak supaya mereka melihat kita makan dan anak akan meniru gelagat kita dan ini akan merangsang anak untuk makan juga. 


Hadkan pengambilan air semasa makan.
Elakkan memberi air ketika anak makan. Kalau asyik minum air anak akan cepat kenyang dengan air. So, makanan tak habis di makan la jawabnya. 

Pastikan kesihatan anak sentiasa baik.
Selera makan anak akan menurun jika anak kita demam  atau tidak sihat. Jadi jika anak tidak sihat jangan paksa anak untuk makan sebaliknya biarkan sembuh dahulu, baru la seleranya bertambah. 

Elakkan memberi makanan ringan.
Apabila anak-anak dah terbiasa makan makanan ringan, minat untuk makan makanan yang berkhasiat yang kita berikan berkurangan. Jadi, anak akan tidak suka untuk makan apa yang kita sediakan.

Ajar anak makan sendiri.
Kadang-kadang anak kita tak suka makan apa yang disuap, tapi suka makan sendiri makanan yang diberi. Jadi biarkan anak kita makan dengan sendiri walaupun bersepah dan comot, janji dia makan. Langkah ini secara tak langsung dapat melatih dan membantu dalam proses pembelajarannya. 


Hah..ibu yang mempunyai masalah anak yang sukar atau kurang minat untuk makan boleh la cuba langkah-langkah ni. Mana tahu salah satunya menjadi. Apa saja untuk anak kan. Anak sihat, ibu ceria =) 

* Ehsan photo dari Google. Terima kasih.







1 comment:

  1. Menarik sharing ni. Kita cuba bagi anak kita Mealshakes. Alhamdulillah banyak membantu. Dulu makan nasi 2 hari sekali. Sekarang, makan nasi minimum 2 kali sehari.

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...