Terdapat pelbagai cara dalam penyediaan menu sayur, terutamanya Pak Choy. Salah satu hidangan yang ringkas dan mudah disediakan ialah Pak Choy Masak Tiram ni. Cara penyediaan masakan ini adalah sangat simple, tetapi sedap serta menjamin khasiat sayur maximun diperolehi.
Bahan-bahan:
- Sayur Pak Choy secukupnya
- 2 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
- Sedikit halia dicincang halus
- 4 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil minyak bijan (atau minyak biasa)
- Garam, gula secukupnya
- Sedikit secukup rasa Maggi/Serbuk perasa
- 1/2 sudu tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
- Sedikit bawang goreng
Cara-cara:
- Sayur leraikan dari kelopak dan dibasuh bersih.
- Celurkan sekejap pak choy tadi dalam air panas yang dimasukkan dengan sedikit garam. Ankat dah toskan. Sayur disusun di atas pinggan dan dipotong dua jika mahu. Ketepikan seketika.
- Sementara itu, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih serta halia sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung yang secukupnya. Kacau sebati sehingga agak pekat-pekat sedikit.
- Kemudian masukkan garam, secukup rasa serta sedikit gula dan beberapa titik minyak bijan. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat sebagaimana yang dikehendaki dan padamkan api.
- Akhir sekali, hidangkan pak choy yang dicelur tadi bersama curahan sos tadi.
- Untuk hiasan boleh taburkan bawang goreng dan sedia dihidangkan.
Selamat Mencuba...=)
Tak pernah masak n. Pun,arini sayur kobis goreng je.
ReplyDeletekobis goreng pun x kurang sedap nya tu atien=)
ReplyDelete