Genius aulad


Followers

Wednesday, January 22, 2014

Patin Tomyam di Rizki Tomyam, Temerloh

Ke Temerloh plak kite kali ni yer. Huuhhh...tak sabar nak makan Ikan Patin Masak Tempoyak! Kata kawan Ida, malam-malam ni mana ada ikan patin masak tempoyak.hehe...tengah hari esok baru ada.hehe....Setibanya Ida di rumah kawan, kami bersiap-siap untuk keluar makan malam. Kami dibawa ke Restauran Rizki Tomyam, Temerloh. 

Di Temerloh ni, memang popular dengan ikan patin. Jadi, menu kami kali ni juga adalah ikan patin iaitu patin tomyam. Patin tomyam?? Wah...Ida memang tak pernah makan lagi ikan patin yang dimasak tomyam ni. Teruja nak cuba! So, Patin tomyam menu utama kami di samping menu lain seperti telur bistik, kailam ikan masin dan sambal belacan serta nasi putih. 

Patin Tomyam
Kailam Ikan Masin dan Sambal Belacan
Telur Bistik

Setelah mencuba sendiri hidangan makan malam kali ni, rasanya memang sedap. Memang terbaik la. Tomyamnya memang terasa sedap dan ikan patin pun tak de bau pun. Kene belajar masak patin tomyam pulak ni.huhu....



Terima kasih untuk anak Ida yang sorang ni, dia baik betul time makan ni. Asyik bermain dengan ais dan kereta mainan dia je.hehe..Malu kat kawan-kawan mama la tu..:)


Lain kali kalau datang Temerloh boleh la makan kat kedai ni lagi. Dan untuk kawan Ida, terima kasih sebab belanja kiteorang...:P


2 comments:

  1. lame xg temerloh..ikan patin tempoyak rindu plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. patin tempoyak boleh buat org rindu la..hehe...

      Delete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...