Akhirnya tercapai jugak hasrat nak bawak adik-adik Ida ke Zoo Negara pada cuti sekolah sebelum ni. Zoo Negara terletak berhampiran Taman Melawati (utara-timur Kuala Lumpur). Walau pun rumah Ida dengan zoo ni dekat je, tapi sebelum ni kami tak berkesempatan nak bawak dorang ke sini. Maklum la, Afif kecil lagi sebelum ni.
Sebut sahaja zoo negara apa lagi...tengok binatang la kan...hehe.. Banyak haiwan yang terdapat di zoo ni, iaitu lebih 5137 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. (sumber: Web Zoo Negara Malaysia)
Persediaan Sebelum Bertolak.
Kami bertolak pagi-pagi lagi kerana takot orang ramai kerana musim cuti sekolah sememangnya ramai pengunjung. Lagi pun pagi-pagi ni energy dorang masih banyak untuk menerokai ke seluruh kawasan zoo yang agak luas.
Tidak lupa dengan persediaan membawa sedikit bekal untuk makan-makan kat sana. Ini kerana sepanjang dalam zoo, korang akan berjalan sambil melihat haiwan-haiwan. Antara yang kami bawa ialah roti sandwich, nugget, fun-fries dan bihun goreng.
Cukup untuk 4 orang makan ok..hehe...Tidak lupa juga bekalan air masak yang cukup untuk menghilangkan dahaga. Kalau tak bawa bekalan pun ok je, sebab still boleh beli makan di dalam zoo. Tapi faham-faham sendiri la harga makan kat dalam tu..;p
Membeli Tiket.
Seronok la dorang bila pertama kali menjejakkan kaki ke zoo negara ni. Sempat la kami bergambar sekejap sambil menunggu untuk membeli tiket. Awal kami sampai..best..orang pun tak ramai lagi orang yang beratur untuk membeli tiket.
Apa yang diperlukan semasa membeli tiket masuk ni pertama sekali of course la duit secukupnya, dan apa yang penting ialah ic/kad pengenalan bagi yang dewasa.
Ok, harga tiket untuk dewasa RM30/seorang dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun RM10/seorang. Huh..RM80 untuk tiket sahaja, 2 dewasa, 2 kanak-kanak. Nasib la free untuk Afif. Tak pe la bukan selalu pun datang sini. Tapi kalau nak murah boleh la beli tiket secara online. Kalau tak salah beli online ada promotion.
Aktiviti dalam Zoo Negara.
- Melihat dan Mengenali Haiwan
Oleh karana kami sampai awal, boleh la kami tengok animal show yang pukul 11 pagi. So, sambil menunggu waktu show tu, sempat la kiteorang melawat sekitar zoo sambil melihat haiwan-haiwan secara live! Contohnya seperti harimau, singa, rusa, zirafah, gajah, flamingo dan macam-macam lagi la.
Harimau Putih (White Bengal Tiger) |
Harimau Belang |
Singa Afrika (Afrika Lion) |
Kumpulan Rusa |
Harimau Belang yang tengah beremdam dalam air. |
Dubuk Belang (Striped Hyaena) |
Red-Legged Pademelon (Thylogale Stigmatical) |
Burung Unta (Ostrich) |
Zirafah (Giraffe) |
Greater Flamingo |
Gajah (Elephant) |
- Beriadah Sambil Makan Aiskrim..;)
Jika terasa haus, boleh juga membeli aiskrim untuk membasahkan tekak di booth aiskrim wall ni.
- Bergambar Kenangan.
Tidak ketinggalan juga akitiviti mengambil gambar-gambar kenangan dengan pose yang menarik...;)
- Menyaksikan 'Multi-Animal Show'
Aktiviti yang tak boleh miss bila datang ke zoo negara ialah animal show di Show Amphitheatre ni. Bayar tiket mahal-mahal, rugi la kalau tak tengok kan. Waktu persembahan adalah setiap hari, jam 11.00 pagi & 3:00 ptg / 3:30 ptg (Jumaat). Pelbagai pertunjukan haiwan seperti singa laut, kera dan burung kakak tua.
Waktu show yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. So, memang seronok melihat persembahan haiwan-haiwan yang telah dilatih bersama pengacara yang sangat berbakat dan pandai menambat hati penonton. Kagum betul melihat telatah singa laut, flamingo serta burung kakak tua yang membuat persembahan.
- Menaiki Kereta Sambil Meronda.
Sekali sekala datang ke zoo ni, kami juga tidak melepaskan peluang untuk menaiki kereta ronda ni. Harga tiketnya kalau tak salah RM3 (dewasa) dan RM2 (kanak-kanak). Walaupun naik kereta ni, kiteorang still banyak berjalan kaki untuk melihat binatang-binatang. Tak pe la, budak-budak kan suka naik kereta ronda ni.
- Membeli cenderamata.
Tidak sah jika tidak membeli souvenir atau cenderamata kalau ke tempat-tempat macam ni kan. So, di zoo negara ni juga terdapat beberapa kedai yang mejual pelbagai jenis cenderamata untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.
Habis Lawatan.
Berbaloi rasanya datang zoo negara ni sebab kami melawat ke semua tempat kat zoo ni, termasuk aquarium (Akuarium Tunku Abdul Rahman), bird house, tengok ular dan macam-macam lagi la. Kami pulang dalam pukul 1:00 pm, perut pun sudah lapar ngam-ngam waktu lunch.
Apa yang penting adik-adik Ida semuanya cakap seronok dan berpuas hati walaupun mereka nampak keletihan, tapi at least dorang happy...^_^
Assalamualaikum. Seronoknya dapat pergi ke zoo. Pengalaman tengok haiwan secara live.
ReplyDeletewkslm.....best jgk la..selalunya tengok haiwan kat dlm tv je kan..=)
Deletelamanyaaa tak g zoo
ReplyDeleteIda pergi ni pn sbb nak bwk adk2 jln time ct sekoah sblm ni..klu x, mmg lama jgk x pegi ni..huhu...
Deletebawak anak2 ke zoo..tempat yang tepat..last g zoo ni tahun bila ek?x ingat..zaman ank dara..
ReplyDeleteBr pegi zoo..ada panda tp tdo saja panda nya hehe...bdk2 suka la msk zoo
ReplyDeleteKak..msk dlm tu dia x cek beg ke..blh la ek nk bw mknn..😊
ReplyDeleteNice entry terus rasa nak bawak anak2 pergi rini hehee
ReplyDeleteJemputlah ke blog saya ya