Genius aulad


Followers

Thursday, April 10, 2014

Membalut Hadiah: Hadiah Popular Untuk Kenduri Perkahwinan

Pada musim cuti terutamanya musim cuti sekolah, selalunya jadual memang penuh dengan menghadiri kenduri kahwin rakan-rakan dan saudara mara.   

Husband Ida dah inform awal-awal hujung minggu ni, nak pergi kenduri office-matenya. Nasib baik la dekat je, kalau yang jauh-jauh maunya fikir dua kali nak pergi..hehe....

Bila husband dah cakap cam tu, dalam fikiran ni ada ada dah persoalan-persoalan yang automatik link terus.huhu...Hmmm....nak pakai baju yang mana ek? Nak bawak hadiah apa? (biasa la perempuan..;p)


Bab-bab hadiah, selalunya husband yang decided..;) So, sebelum pergi kenduri tu, kiteorang dah beli hadiah dan dah prepared siap. Dalam pemilihan hadiah untuk majlis perkahwinan selalunya tak kisah pun kita nak bagi apa, yang penting kita ikhlas. Dah nama pun hadiah kan.

Kalau kat kampung selalunya tetamu yang hadir tak datang tangan kosong. Kat bandar pun rasanya sama jugak kot;p Walaupun tak membawa hadiah, mereka akan bawak sesuatu yang dikira sebagai "buah tangan" seperti gula, susu, biskut dan sebagainya. Ada juga yang menghulurkan sejenis sumbangan berbentuk wang/duit tak kisah la RM10, RM20, RM50 ke yang penting kita ikhlas. 

Tapi kalau kawan-kawan yang kawin?? Segan pulak nak bawak gula or nak bagi duit kan, kan...Selalunya kalau kawan-kawan, kita bagi hadiah sebab nampak lebih istimewa sedikit. Tak kisah la hadiah apa pun, janji berbalut dan disertai dengan kad ucapan dengan kata-kata "tahniah". Ha...bukan ke nampak istimewa tu.

Hadiah yang diberikan selalunya tidak terlalu mahal dan tidak juga terlalu murah. Tapi tak salah pun kalau mampu nak bagi hadiah yang mahal-mahal..janji ikhlas. Selalunya hadiah tu adalah benda-benda yang boleh digunakan selepas mereka kawin. 

Okey...dalam mencari idea untuk memilih hadiah Ida akan senaraikan beberapa hadiah yang popular ataupun selalu orang bagi sewaktu kenduri kawin. Hadiah-hadiah ni jugak la yang Ida dan husband dapat time kahwin dulu.hehe...

Senarai Popular Hadiah Perkahwinan:
  1. Set pinggan mangkuk/gelas 
  2. Oven
  3. Dapur Gas
  4. Blender
  5. Jam Dinding
  6. Lampu tidur/Lampu hiasan
  7. Frame Gambar
  8. Frame Gambar Pemandangan/Ayat-ayat suci Al-Quran
  9. Set Cadar/Toto
  10. Rice Cooker
  11. Pembakar Roti
  12. Cerek Air
  13. Kipas Angin
  14. Sterika 
  15. Tuala
  16. Kain Pasang/Batik
  17. Sejadah/Telekung Sembahyang
  18. Buku-buku Kerohanian/Motivasi
  19. dan sebagainya..
Kalau nak bagi yang mahal-mahal sket pun boleh...;)
  1. Pakej Percutian
  2. Televisyen
  3. Peti Ais
  4. Mesin Basuh
  5. Camera Digital
  6. Set Radio
  7. Hand phone
  8. dan sebagainya...
Membalut Hadiah:

Membalut hadiah bukan la syarat wajib bagi hadiah yang kita ingin berikan. Tapi, bukankah apabila dibalut ianya nampak lebih cantik dan istemewa..;)

Kebetulan Ida nak balut hadiah untuk dibawa ke kenduri kahwin office mate husband...;p. Apa yang diperlukan untuk membalut hadiah ialah kertas pembalut, gunting dan pita pelekat (sellotape). Balut dan lekatkan dengan kemas (macam balut buku teks sekolah la pulak.hehehe..)


Cara membalut hadiah adalah terpulang kepada kreativiti masing-masing. Bagi Ida, yang penting biarlah nampak simple dan kemas. 





Lekatkan kad ucapan pada hadiah. Bagi yang tak de kad boleh terus tulis atas pembalut hadiah terus, tak pun buat kad sendiri menggunakan lebihan kertas pembalut. Ikut kreativiti masing-masing. Kad tu nak potong bentuk "love", segi empat tepat, segi empat sama, bujur or bulat semua boleh. Then, kata-kata ucapan boleh tulis dalam kad yang dibuat tadi.


Dah Siap!!

Okey...cam mane??? Harap berberapa tips dan senarai hadiah ni membantu dalam membuat pemilihan hadiah untuk dibawa pada majlis perkahwinan nanti...=)




4 comments:

  1. lya pun sama juga..kalau pergi kenduri kawin rasa mcm tak sah kalau tak bawa buah tangan mcm hadiah :)

    ReplyDelete
  2. Fiza selalu bagi hadiah bila rajin sebab nak balut lawa2..tapi bila hadir majlis tu dengan parents, selalu ya bg duit ja, yg penting ikhlas kan. hehe

    ReplyDelete
  3. biasa kami tengok pengantin & bajet utk beli hadiah..kalo kenalan rapat bg up sikit..kalo sedara mara terdekat pon bg la up skit..

    ReplyDelete
  4. Hihi.. stuju ngan uols sy pun suka bagi hadiah kahwin terutamanya buat kawan-kawan rapat..

    kalo kawan yang betul2 rapat.. beli yg mahei sikit..hehee..

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...