Genius aulad


Followers

Wednesday, April 16, 2014

Resepi Perut Lembut Air Asam

Perut lembu..jarang-jarang sekali boleh dapat ni.hehe...Nak tunggu hari raya baru nak makan perut lembu ni lambat lagi la jawabnya. So, nak cepat beli je kat pasaraya. 


Ida beli kat pasar segar. Sebelum ni perut lembu Ida dah buat kerabu. Kali ni nak masak perut lembu air asam pulak..Haaa...ada yang dah rasa kecur ayaq liuq tu ka?? hehe..



lni la rupanya perut lembu air asam ek..Ok..jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg perut lembu (tak kisah perut muda ke, perut tebal ke dan sebagainya)
  • 1 ulas bawang besar (dimayang)
  • 2 ulas bawang merah (dimayang)
  • 5-6 biji cili padi (dihiris)
  • 2 biji limau nipis
  • Sedikit asam jawa/cuka makan
  • Garam (secukupnya)
  • Sedikit belacan (jika mahu)
  • Serbuk perasa (secukupnya)
  • Air (untuk merebus)
Cara-cara:
  1. Basuh perut lembu sehingga bersih.
  2. Dengan api yang sederhana, rebus dengan air secukupnya sehingga empuk. 
  3. Setelah empuk boleh la toskan perut lembu dan sejukkan supaya mudah untuk dipotong, air rebusan jangan dibuang.
  4. Selepas itu potong perut lembu kecil-kecil (dalam 1 inci) dan ketepikan.
  5. Untuk membuat air asam. Baki air rebusan perut lembu tadi dicampurkan dengan sedikit asam jawa/cuka makan. 
  6. Perahkan limau nipis dan gaulkan. 
  7. Kemudian masukkan semua bawang dan cili padi yang dihiris. 
  8. Tambahkan belacan, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  9. Gaul sebati dan curahkan dalam mangkuk perut yang dihiris tadi.  

Siap. Sedia dihidang.



Selamat mencuba...=)

7 comments:

  1. Alahai sedapnya buat perut lembu ng air asam ni...

    ReplyDelete
  2. wah.. saya memang suka menu ni. thanks kongsi ye. ^^,

    boleh lah saya buat nanti. hehe

    ReplyDelete
  3. saya tak pernah makan perut lembu cecah air asam..tapi saya suka air asam buat cecah ikan bakar..sedapnyer...

    ReplyDelete
  4. Wah sedap nie... Lame dah tak makan. Zumal singgah dr blog Mia Liana :)

    ReplyDelete
  5. wahhh sedap juga ni..

    thanks sudi join segmen nak url #3, senarai blog ada di http://www.mialiana.com/2014/04/senarai-url-blog-3.html

    ReplyDelete
  6. Salam singgah dan follow dari segmen Mialiana :D

    ReplyDelete
  7. wahh, mcm best jer menu ni.. nk try la..

    tq yer singgah blog Alycia ;)

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...