Genius aulad


Followers

Saturday, April 26, 2014

Taman Layang-Layang: Bermain Sambil Belajar

Hari minggu adalah masa yang sesuai untuk bersama-sama keluarga. Tapi hakikatnya hari-hari adalah sesuai untuk bersama keluarga jika ada masa.hehe..Apa orang cakap..."Family 1st", hehe..




Actually this was last few weeks punya cerita. huhu...Bukan main banyak cerita yang tertanguh...huhu...Ini hari Ahad, balik dari kenduri kawan husband. Lepas balik dari kenduri apa lagi penuhi hajat si anak bujang yang suka bermain kat taman. That's why pakai baju hencem-hencem dan lawa-lawa cam gini. hehehe...


Okey..ini kat Taman layang-layang ataupun taman metropolitan, Kepong. Taman ni memang selalu ramai orang, sehingga bersesak-sesak, nak parking pun susah. 

Kalau nak tengok entry Ida yang sebelum ni pasal taman layang-layang ni boleh tengok kat [sini].

Taman ni memang menarik dan ianya sesuai untuk semua golongan termasuk orang dewasa dan kanak-kanak. Akiviti pulak boleh beriadah, bersukan, bermain layang-layang dan macam-macam lagi. 



Bermain dan Belajar

Kat sini ada taman permainan kanak-kanak yang sangat best. (ehh..mak ke anak yang bermain ni..hehe..). Kenapa best?? Sebab kat sini kanak-kanak bukan sahaja boleh bermain dan bergaul dengan kawan-kawan malah dapat belajar. Tambah-tambah lagi kanak-kanak macam Afif ni. 





Kanak-kanak yang baru berumur 1-3 tahun ni mana ada pendidikan yang formal lagi. So, kat sini mereka boleh bermain yang secara tidak langsungnya boleh belajar secara "out door" selain dari belajar di rumah bersama ibubapa.



Setahu Ida, dari peringkat awal kanak-kanak mereka sudah mula belajar iaitu belajar dari deria-deria mereka seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa (untuk makanan) dan juga bau yang sentiasa berhubung kait dengan otak (pemikiran) mereka yang masih tidak mengerti apa-apa. 

So, di taman seumpama ini mereka boleh bermain sambil belajar secara informal. Sebenarnya tak kisah kat mana-mana pun yang penting anak kita dapat bermain dengan selamat dan selesa. Ibu bapa perlu memberi pengawasan sepenuhnya ketika mereka bermain. 


Sambil bermain mereka boleh belajar secara tak langsung. Ok..Tak kisah la kan..yang penting anak mama sorang ni happy dan seronok dapat bermain sambil belajar...=)





2 comments:

  1. sekali sekala bawak budak2 keluar dan belajar di sekeliling mereka pon bagus jgak kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela..skali skala luangkan masa utk aktiviti outdoor=)

      Delete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...