Genius aulad


Followers

Thursday, April 24, 2014

Resepi Sotong Goreng Kacang Buncis

Menu sotong yang simple iaitu digoreng dengan kacang buncis. Sedap...!! Kacang buncis memang sesuai digoreng bersama sotong ni sebab warnanya tetap menghijau walaupun sudah dimasak tak macam kacang panjang. 


Bila masak sotong goreng ni, teringat pulak pada zaman kecik-kecik dulu, bila mak masak sotong selalu main "cincin sotong". Sotong tu kan dihiris bulat-bulat, so muat-muat dengan jari, sambil makan sambil buat "cincin sotong".hehe...Malu...;p Korang pernah tak? hehe...

Okey la, jom tengok resepi Sotong Goreng Kacang Buncis ni..



Bahan-bahan:
  • 9-10 ekor sotong (sederhana besar)
  • Kacang buncis secukupnya (dipotong serong)
  • 1 biji lada merah (dihiris serong)
  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • 3 ulas bawang putih(dimayang)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit minyak (untuk menumis)
  • Sedikit air

Cara-cara:
  1. Sotong dibasuh bersih (buang telulang, dakwat hitamnya serta sesungut). Kemudian dipotong secara bulat-bulat. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih sehingga agak perang-perang sedikit.
  3. Kemudian masukkan sotong, serbuk kunyit dan sedikit air. Gaul sekata.
  4. Selepas itu, masukkan kacang bunjis. Biarkan masak seketika.
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dimayang dan lada merah yang dipotong.
  7. Bila dah masak, angkat dan sedia dihidangkan.



Selamat mencuba...=)

7 comments:

  1. Dah lama tak masak camni..tgk gambar je pon dah tau best..

    ReplyDelete
  2. aisehh nampak sedapla..lapar terus :D

    ReplyDelete
  3. Seronoknya orang y dpt mkn sotong. Nasuha suka sotong. Tp tak blh makan sbb alergi seafood termasuk sotong...

    ReplyDelete
  4. hahaha.. memori time kecik terimbas seketika..
    husna pon suka kak buat mcm akak tu.. cincin sotong..:p

    ReplyDelete
  5. ini lauk feveret saya ni. memang suke masak ni sebab simple yang amat. tapi dah lame stop masak lauk ni sebab seafood kan high in kolestrol. tgh cuba2 nak turunkan kolestrol. :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum sheila datang blogwalking daripada blog kak mia liana http://www.mialiana.com/2014/04/senarai-url-blog-3.html

    *adoiii terliur sheila tengok. dah ler tengah lapar ni. heheheee

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...