Cerita makan! Nak rasa makanan Kelantan? Haa..Rupanya kat Hayaki Kopitiam ni banyak menyediakan menu atau hidangan dari Kelantan. Hayaki...bunyinya macam restoran makanan Korea je. Bila 1st time dengar sebelum ni, Ida pun fikir ini restoran ala-ala Korea/Jepun..tapi, sebenarnya bukan..hehe...
Bagi penjejak kedai makan dan penggemar menu-menu dari Kelantan boleh la ke sini untuk menikmati hidangan seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi kukus dan beberapa menu-menu sampingan yang lain seperti western food dan sebagainya.
Kalau tak salah restoran ni ada beberapa cawangan, tapi yang kami pergi ni ialah di Hayaki Kopitiam, Platinum Walk, Danau Kota, Setapak, KL. Kami bertiga bersama anakanda Afif, tapi malangnya Afif tidur..penat sangat kot keluar jalan-jalan..=)
Suasana di restoran ini boleh dikatakan selesa dan pengunjung boleh memillih sama ada untuk menikmati hidangan secara outdoor atau indoor. Macam mana tak selesa, tengok la Afif pun boleh tidur nyenyak dari awal sampai la kami siap makan.
Menu yang special di sini ia nasi kukus Hayaki/nasi lauk Hayaki iaitu nasi yang ala-ala nasi "kak wok" iaitu nasi kukus popular di Kota Bharu boleh didapati di sini. Susah nak cari menu yang cam ni kat Kolumpo..hehe..
Air pula lemon ice tea dan tea ice.
Dari segi harga pulak, rasanya ianya murah dan berpatutan. Tak heran lah ramai pelanggan yang sudah menjadi pelanggan tetap di sini. Ini termasuklah kami sendiri.
Alhamdulillah..kenyang dan sedap..=) Hmm..sampai habis makan pun Afif still tidur nyenyak. So, sempat la mama dan papa berposing-posing jap, kalau tak mana sempat nak posing, asyik duk layan kerenahnya je..;D
So, the next day kami ke sini lagi bersama adik-adik, anak buah serta ipar duai. This time kami hanya sekadar untuk makan-makan ringan. So, kami memilih untuk menikmati western food di sini iaitu chicken chop. Errm..boleh tahan..dan cappuccino ice blended pun sedap!!
Walaubagaimanapun dari segi serving time agak kurang memuaskan la. Customer terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan hidangan.
Tapi mungkin sometime je kot. Harap-harap boleh improve serving time supaya customer lebih suka untuk ke sini. By the way, setakat ni dari segi menu no problem... Sedap and love it!!
nampak best je nasi kukus tu
ReplyDeleteJOM BLOGWALKING,SINGGAH BLOG SYIRAA :D
ReplyDelete..HARI HARI ADA ENTRY BARU ^_^
lah..husna pon sangkakan resetoran makanan korea..:p
ReplyDeletesedapnyaa..