Menu ni adalah menu yang boleh dikatakan sedap dan simple jugak. Untuk mempelbagaikan menu untuk telur boleh la cuba resepi ni.
Boring jugak selalu makan telur dadar dan telur mata kerbau je kan. So, resepi ni ada sedikit variasi dari menu-menu yang selalu kita masak iaitu dengan menggunakan kacang buncis.
Okey..jom tengok resepi lengkapnya.
Bahan-bahan:
- Kacang buncis secukupnya (dihiris halus)
- 2 biji telur
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 1/2 biji bawang besar (dihiris)
- 1 biji lada merah (dihiris)
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
- Sedikit lada putih
- Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
- Masukkan garam dan secukup rasa. Kacaukan sekata.
- Kemudian, pecahkan telur dan kacau (Macam scramble eggs). Biarkan sehingga telur masak.
- Selepas itu bolehlah masukkan kacang buncis. Goreng dan gaulkan bersama.
- Masukkan juga bawang besar dan lada merah. Biarkan masak sehingga layu dan boleh lah diangkat.
- Taburkan sedikit lada putih di atasnya sebelum dihidangkan.
Dah siap..senangkan..
suka resepi ni...kadang2 buat..sebab ada kacang & telur kan..
ReplyDeleteboleh pelbagaikan resepi telur goreng..=)
Deleteeh..hehehe..baru je buat tadi..
ReplyDelete