Genius aulad


Followers

Thursday, May 22, 2014

Resepi Daging Goreng Kacang Buncis

Boring makan ayam je hari-hari. Kali ni kita tukar menu daging pula. Resepi daging goreng ni sebenarnya simple je. 


Kebetulan lebihan kacang buncis masih ada lagi tersimpan dalam peti ais. So, boleh la guna untuk digoreng bersama daging.

Okey...resepi Daging Goreng Kacang Buncis seperti dibawah ni.


Bahan-bahan:
  • Daging lembu secukupnya (dihiris nipis)
  • Beberapa biji kacang buncis (dipotong serong)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 halia (ditumbuk)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1/2 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 1 biji lada merah (dihiris serong)
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit minyak masak

Cara-cara:
  1. Daging dihiris nipis dan dibasuh sehingga bersih. 
  2. Dengan menggunakan api yang perlahan, masukkan daging kedalam kuali dengan sedikit air. 
  3. Masukkan garam dan serbuk perasa serta serbuk kunyit, halia, bawang putih yang ditumbuk dan gaul sekata pada daging. Tutup dengan penutup supaya daging cepat empuk (tapi hati-hati takut meruap).
  4. Setelah air sudah kering dan agak-agak daging pun sudah empuk (kalau tak empuk boleh tambah air lagi), boleh la masukkan sedikit minyak masak.
  5. Kacau dan balik-balikkan daging dan biarkan sehingga masak perang sedikit.
  6. Selepas itu boleh la masukkan kacang buncis dan kacau sehinga kacang sedikit masak.
  7. Kemudian masukan bawang besar dan lada besar merah yang dihiris. 
Daging Goreng Kacang Buncis siap dan sedia dihidangkan.



Happy Cooking...=)



4 comments:

  1. nasib dah lunch tadi, kalau tak lapar lagi...hew hew hew....

    ReplyDelete
  2. daaah rasa lapar balik tengok entry ni..alahaaii

    ReplyDelete
  3. ngancam gak ni..walaupun simple..

    ReplyDelete
  4. bangun pagi, lapar x sarap lagi, BW, nmpak plak gambar tu.. mmg buatkan lagi lapar la.. hehehe

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...