Hari minggu, hari untuk meluangkan masa bersama Afif untuk bermain. Bila pergi ke taman layang-layang aktiviti yang sinonim di sini semestinya bermain layang-layang. Tapi, Afif kecik lagi..mana reti lagi main layang-layang..Hmm...nak main apa yer?
Taman Layang-layang atau nama lainnya ialah Taman Tasik Metropolitan, Kepong merupakan salah satu tempat beriadah yang sering mendapat tempat di kalangan penduduk sekitarnya.
Sebelum ini Ida pernah update mengenai Taman Layang-layang di sini dan sini. Kali ni sekali lagi mengenai taman layang-layang iaitu "pesta bermain buih dan layang-layang".
Sebelum datang ke sini kami sudah sediakan beberapa mainan untuk Afif seperti bola dan belon gas yang berbentuk kapal terbang ni. "Pistol" untuk belon buih pula boleh dibeli situ yang terdapat dalam pelbagai saiz dan jenis dengan harga yang berpatutan.
Oppsss..Bukan setakat baju warna purple, bola pun warna purlple.huhu...mood warna kami untuk keluar kali ni ialah warna purple. So, terima je la..hehe...
Kenapa pesta buih?? Ida panggil pesta buih kerana di sini ramai pengunjung yang datang dari semua peringkat umur bermain belon buih. Apa yang menariknya, kami boleh menyaksikan belon buih yang bersaiz kecil sehinggalah ke belon buih yang bersaiz besar.
Memang menyeronokkan. Ibu bapa seolah-olah 'tumpang sekaki' bermain belon buih bersama anak-anak. Apa yang penting hubungan silaturahim antara keluarga dapat dieratkan bila bermain bersama.
Belon buih ini akan terapung di udara, beterbangan ke sana dan ke sini sementara menunggu masa untuk ianya pecah dan meletup. Kanak-kanak memang suka akan belon buih yang beterbangan dan berlari-lari untuk cuba menangkapnya sehingga la belon itu pecah dengan sendirinya.
Seronoknya dapat meluangkan masa bersama Afif. Terhibur melihat dia gembira. Next time bila Afif dah besar sikit boleh la main layang-layang pula..=)
No comments:
Post a Comment
NOTE:
Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)